Utusan Borneo (Sarawak)

Medan makanan laut berpotensi menarik pelancong

Lagi medan makanan laut dirancang Kuching, Top Spot Seafood sentiasa sesak dengan pengunjung tempatan, asing

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Satu lagi medan makanan laut, Top Spot Seafood dirancang dibuka di bandar raya ini kerana potensinya untuk menarik pelancong.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia memandangk­an Top Spot Seafood sedia ada di Jalan Bukit Mata, di sini sentiasa sesak dengan penduduk tempatan dan pelancong asing menikmati hidangan laut yang segar.

“Mungkin kita perlu mempunyai Top Spot yang kedua di Kuching untuk memenuhi permintaan terutama pelancong,” katanya ketika menyempurn­akan pembukaan Restoran Budaya Sarawak di Bangunan Steamship, Tebingan Kuching di sini kelmarin.

Karim menambah, dengan adanya Top Spot kedua itu, ia secara tidak langsung membantu mengubah landskap bandar raya ini menjadi syurga makanan.

Jelas beliau, makanan

Mungkin kita perlu mempunyai Top Spot yang kedua di Kuching untuk “memenuhi permintaan terutama pelancong. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

juga memainkan peranan yang amat penting untuk menarik pelancong di mana Sarawak mempunyai potensi dari segi itu kerana memiliki kepelbagai­an masakan tempatan yang unik dan sedap.

“Seperti Pulau Pinang, mereka sudah begitu terkenal dengan makanan sehingga menarik ramai pelancong.

“Kita perlu mengubah Kuching menjadi seperti itu kerana ada pelancong yang datang ke sini bukan sahaja untuk melihat kebudayaan, keindahan alam dan sebagainya tetapi mereka juga mahu mencuba makanan kita,” katanya.

Justeru, Karim memuji inisiatif pemilik Restoran Budaya Sarawak Roland Sim yang menyajikan ma- sakan asli tempatan seperti manok pansoh, kerabu midin, beras Bario, ikan empurau, sup terung Dayak dengan ikan masin dan banyak lagi.

Katanya, menu di Restoran Budaya Sarawak itu sangat menarik dan berpotensi menjadi kegemaran pelawat ke bandar raya ini, termasuk masyarakat tempatan.

Hadir sama Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

 ??  ?? RASMI: Karim memotong reben sebagai simbolik pembukaan Restoran Budaya Sarawak di Bangunan Steamship, Tebingan Kuching di sini kelmarin. Turut kelihatan Sim (dua kanan) serta tetamu kehormat lain.
RASMI: Karim memotong reben sebagai simbolik pembukaan Restoran Budaya Sarawak di Bangunan Steamship, Tebingan Kuching di sini kelmarin. Turut kelihatan Sim (dua kanan) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia