Utusan Borneo (Sarawak)

SALCRA berjaya capai pendapatan tahunan RM1 bilion

Satu-satunya capai pendapatan RM1b selain SESCO, sasar gandakan pendapatan pada masa depan

-

Bagaimanap­un kita mencapai pendapatan RM1 bilion empat tahun lalu, hasil pemilikan tanah, kilang serta perniagaan lain… semuanya.

LUNDU: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) berjaya mencapai pendapatan tahunan RM1 bilion sejak empat tahun lalu dan menyasar menggandak­an jumlah pendapatan menjelang dua dekad akan datang.

Pengurus Besarnya Datu Vasco Sabat Singkang berkata, SALCRA satu-satunya badan berkanun negeri mencapai pendapatan RM1 bilion selain Syarikat SESCO Berhad (SESCO).

“Pendapatan diperoleh sejak 1980 tetapi kita mula mengagihka­n pendapatan kepada peserta pada 1985.

“Bagaimanap­un kita mencapai pendapatan RM1 bilion empat tahun lalu, hasil pemilikan tanah, kilang serta perniagaan lain… semuanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an taklimat kepada peserta SALCRA di Pusat Latihan SALCRA di Kampung Bajo, dekat sini semalam.

Vasco dengan bangga turut memaklumka­n bahawa SALCRA telah memberi perniagaan berjumlah RM208 juta kepada usahawan Bumiputera sejak empat tahun lepas, bercanggah dengan dakwaan dalam media sosial.

“Kita memberi perniagaan RM208 juta kepada usahawan Bumiputera terutama dalam pengangkut­an, penyelengg­araan dan kerja-kerja penanaman semula,” dedahnya.

Beliau turut menyangkal dakwaan mengatakan SALCRA sering mengalami kerugian dengan menga- takan peserta akan menyertai semula penanaman semula kelapa sawit selepas pusingan pertama skim (25 tahun) berakhir.

“Sejak 20 tahun lalu, SALCRA tidak pernah mengalami kerugian. Orang di luar sana tidak pernah melihat akaun kami.

“Kami tidak pernah menjawab dakwaan mereka. dokumen ini diaudit setiap tahun, kami tidak boleh lari,” jelasnya.

Menjawab dakwaan mengatakan SALCRA diarah oleh kerajaan agar mencuri tanah rakyat, Vasco berkata mereka satu-satunya badan berkanun memberi surat hak milik tanah kepada peserta di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri iaitu hak milik kekal.

“Tanah yang diusahakan adalah milik mereka di bawah Seksyen 18 ordinan kita. Saya rasa pihak lain tidak ada berbuat begitu. Hanya kami (SALCRA),” tegasnya.

Ditanya kenapa skim SALCRA selama 25 tahun bukan 40 atau 60 tahun seperti yang lain, Vasco berkata program itu dibuat berdasarka­n jangka hayat pokok kelapa sawit.

“Selepas 25 tahun, kita akan melakukan penanaman semula. Peserta yang tidak mahu melakukan penanaman semula, boleh berbuat demikian (tidak menyertai).

“Kami tidak memaksa, sebab itu kamu ada melihat banyak ‘ pulau’,” katanya merujuk kepada kawasan berhutan di ladang SALCRA.

Mengenai perancanga­n masa depan, Vasco berkata SALCRA telah mengenal pasti tiga tanaman baharu iaitu getah, buluh dan kayu gaharu untuk diusahakan.

“Getah di bawah pekebun kecil yang biasa dari segi pencapaian tidak begitu baik. Kami mahu membantu kerajaan menggunaka­n model baharu yang memfokus kepada aktiviti-aktiviti industri hiliran.

“Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku pengerusi SALCRA telah menyasarka­n 50,000 hektar untuk menanam getah sebagai permulaan,” dedahnya.

Manakala mengenai projek buluh, Vasco berkata ia masih di peringkat percubaan dengan sebuah syarikat di Bintulu sudah meminta SALCRA membekalka­n cip buluh untuk pengeluara­n ‘ Ferro Alloy’ di kilang mereka.

“Jika ini berjaya, mereka akan memerlukan 50,000 hingga 60,000 tan cip buluh setahun,” katanya sambil menambah, buluh sebelum ini merupakan musuh nombor satu pekebun kecil kelapa sawit.

Mengenai pokok gaharu pula, beliau mendedahka­n bahawa tanaman itu mendapat permintaan tinggi untuk pelbagai keperluan dan segmen pasaran berbeza iaitu dalam pasaran tempatan serta antarabang­sa.

“Daunnya boleh dibuat teh, kayunya selepas resinnya dikeluarka­n, akan digunakan untuk membuat colok yang mendapat permintaan sangat tinggi dari China dan Jepun manakala minyak digunakan sebagai asas minyak wangi dan sangat mendapat permintaan tinggi dari Timur Tengah,” katanya.

Ditanya bagaimana SALCRA boleh mencapai sasaran pendapatan RM1 bilion, Vasco berkata perkara itu akan diperincik­an semasa taklimat yang bakal diadakan pada 21 September (Jumaat) ini.

“Dengar apa akan saya katakan pada 21 September ini. Saya akan jelaskan dengan terperinci.

“Ia dapat dicapai tetapi semua mesti bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.

Datu Vasco Sabat Singkang Pengurus Besar SALCRA

 ??  ?? PENJELASAN: Vasco mendengar penjelasan daripada pegawainya ketika menjawab soalan daripada peserta taklimat.
PENJELASAN: Vasco mendengar penjelasan daripada pegawainya ketika menjawab soalan daripada peserta taklimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia