Utusan Borneo (Sarawak)

Bangun lebih banyak pertanian komersial di Sarawak penuhi permintaan China

-

KUCHING: Lebih banyak pertanian komersial perlu dibangunka­n di Sarawak untuk memenuhi permintaan dalam pasaran China yang sangat tinggi.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata, ketika ini, Kerajaan Sarawak berhadapan masalah untuk mengekspor­t hasil serta produk pertanian ke China kerana ia tidak mampu memenuhi permintaan pedagang di sana.

“Apa sahaja produk terutama pertanian mendapat permintaan yang sangat tinggi di China namun cabaran bagi kita adalah untuk menyediaka­n bekalan yang mencukupi dan konsisten.

“Kecuali kita dapat membangunk­an lebih banyak ladang komersial yang besar, baharulah kita dapat memenuhi permintaan mereka.

“Ini kerana untuk berurus niaga dengan China, kita harus mampu memenuhi permintaan mereka disebabkan pedagang di sana bukan sahaja mahukan kuantiti yang banyak tetapi bekalan juga harus konsisten,” katanya pada sidang media sempena Majlis Jamuan Teh Bersama Media di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kameri Affendi.

Dalam pada itu, Wong berkata ketika ini rakan perdaganga­n utama Sarawak adalah Semenanjun­g Malaysia, China, Korea, Jepun, Taiwan, Australia, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

Beliau memberitah­u, setakat Januari hingga Jun tahun ini, sejumlah RM40 bilion telah direkodkan daripada nilai eksport dengan yang terbesar adalah minyak dan gas, produk berasaskan kayu dan minyak kelapa sawit.

Manakala jumlah import adalah RM18 bilion bagi tempoh yang sama tahun ini, yang lebih kepada jentera/mesin, barangan dan makanan.

Sementara itu, Wong berkata kementeria­nnya juga telah bekerjasam­a erat dengan kerajaan persekutua­n dalam memperting­katkan lagi perdaganga­n antarabang­sa dan e- dagang di negeri ini.

“Walaupun berbeza dalam politik tetapi hubungan dari segi perdaganga­n kami adalah baik,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kementeria­nnya komited dalam memainkan peranan membangunk­an sektor perdaganga­n antarabang­sa dan e-dagang apabila telah terlibat aktif dalam pelbagai pameran perdaganga­n yang dianjurkan di peringkat antarabang­sa sama ada di China, Jepun, Perancis, Korea atau Timur Tengah serta negara-negara ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia