Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja naik taraf jalan di bulatan Samajaya bermula pertengaha­n Oktober dan dijangka siap dalam tempoh sebulan: Julaihi

- Oleh Jessica Jawing

KOTA SAMARAHAN: Kerja menaik taraf jalan di bulatan Samajaya iaitu jalan lingkaran luar (outer ring) Kuching-Samarahan akan dilaksanak­an bagi penyelesai­an jangka pendek kesesakan aliran trafik di bulatan berkenaan.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, projek menaik taraf melibatkan penambahan satu lorong itu dikendalik­an Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching yang bermula pertengaha­n Oktober depan.

“Pihak JKR akan membina satu lorong tambahan sebelah kiri di bulatan Samajaya yang dikendalik­an JKR Bahagian Kuching.

“Ia menelan kos RM1.2 juta di mana kerja akan

Pihak JKR akan membina satu lorong tambahan sebelah kiri di bulatan Samajaya yang dikendalik­an JKR Bahagian Kuching.

dimulakan pada pertengaha­n Oktober depan dengan jangkaan siap dalam masa sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan mesyuarat bersama JKR Bahagian Samarahan sempena lawatannya yang dihadiri Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Stakan Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud di pejabat JKR Bahagian Samarahan di sini, semalam.

Menurut Julaihi, setiap aliran keluar bulatan itu akan ditambah satu lorong tambahan sebelah kiri sepanjang 600 meter, sebagai tambahan kepada dua lorong sedia ada.

Kata beliau, sekurangku­rangnya penyelesai­an jangka pendek itu mampu mengatasi masalah ‘bottleneck’ yang berlaku semasa waktu puncak di bulatan Samajaya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Se- buyau berkata, bagi rancangan jangka panjang kerajaan berusaha meneliti pendekatan terbaik untuk menyelesai­kan masalah trafik di Samarahan dan Kuching.

“Kita telah membincang­kan beberapa cadangan dan buat masa ini masih terlalu awal untuk kita mend- edahkan tetapi yang pasti ia akan dipertimba­ngkan kerajaan.

“Ini kerana kita mencari kemungkina­n atau pen- dekatan terbaik bagi kita mengatasi masalah kesesakan trafik antara Kuching dan Samarahan,” tegasnya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengumumka­n pendekatan penyelesai­an itu selepas ia mendapat kelulusan memandangk­an ia masih di peringkat cadangan.

Julaihi berkata, dengan terbinanya jambatan Batang Sadong dan Batang Samarahan, jumlah pengguna jalan raya di Samarahan ke Kuching semakin bertambah.

Menurut beliau, ia menyumbang kepada jumlah pengguna jalan raya yang semakin meningkat, selain pertambaha­n populasi di Kota Samarahan.

Hadir sama Jurutera Bahagian Kuching Awang Mohd Fadillah Awang Redzuan dan Jurutera Bahagian Samarahan Siti Fairus Othman.

Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

 ??  ?? MESYUARAT: Julaihi bersama Rubiah (kanan) serta Mohd Ali (tiga kanan) serta yang lain beraksi selepas mesyuarat sempena lawatan ke JKR Samarahan, semalam.
MESYUARAT: Julaihi bersama Rubiah (kanan) serta Mohd Ali (tiga kanan) serta yang lain beraksi selepas mesyuarat sempena lawatan ke JKR Samarahan, semalam.
 ??  ?? PANDUAN: Peta menunjukka­n kerja penyelengg­araan jalan di KORR Q13-1, Q13-1A & 1B di bahagian Kuching dan Samarahan sedang dijalankan.
PANDUAN: Peta menunjukka­n kerja penyelengg­araan jalan di KORR Q13-1, Q13-1A & 1B di bahagian Kuching dan Samarahan sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia