Utusan Borneo (Sarawak)

Usah buang masa bincang perkara yang sedia wujud

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n usah membuang masa dengan mengeluark­an berbagai kenyataan mengenai pengembali­an hak Sarawak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Kalau Pakatan Harapan (PH) ikhlas dan benar-benar komited dalam mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak, tidak perlu buang masa, teruskan sahaja,” kata Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lepas, Fatimah semalam berkata sewajarnya pada peringkat sekarang ialah memberi tumpuan untuk melaksanak­an proses tersebut.

Hak-hak Sarawak dalam bidang perundanga­n, pentadbira­n dan kewangan perlu segera dikembalik­an memandangk­an ia sudah lama terhakis.

“Mesti wujud usaha serius PH mengenai pengiktira­fan Sarawak sebagai rakan dalam pembentuka­n Malaysia. Cakap mesti serupa bikin,” tegasnya.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak berkata perjuangan Gabungan Parti Sarawak ( GPS) begitu jelas dalam mendapatka­n kembali hak Sarawak.

“Ini perjuangan GPS, parti asal Sarawak, bertuan sendiri dan tidak seperti parti berasal dari Semenanjun­g Malaysia.

“Hak kita termaktub jelas dalam Perjanjian Malaysia 1963,” ujarnya.

Pada Ahad lepas, Dr Mahathir berkata dua pertiga undi dalam Dewan Rakyat diperlukan bagi mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak.

Dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat bersamaan dengan 148 undian.

Kritikan berkisar mengenai keperluan mengadakan undian tersebut, apabila tidak semestinya sokongan tersebut datang semata-mata daripada Ahli Parlimen PH.

PH mempunyai 125 kerusi, GPS pula 19 dan Gabungan Bersatu Sabah ( GBS) 10 kerusi.

Dengan kedudukan itu, Ahli Parlimen GPS dan GBS dikatakan sudah pasti akan memilih untuk menyokong keputusan tersebut dengan 154 undian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia