Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli SIDS Limbang sertai program motivasi rumah tangga

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) melakukan pemeriksaa­n ke atas 729 premis di seluruh Sarawak dengan pemantauan melibatkan 21,870 barang selepas berkuat kuasanya pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada 1 September lalu.

Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkua­saan KPDNHEP Sarawak Mohd Nawawi Abdul Rahman berkata, sehingga kini 46 aduan diterima dan 23 amaran dikeluarka­n kepada peniaga berkaitan resit dan tanda harga yang mengeliruk­an namun tiada kes melibatkan pencatutan harga.

Justeru katanya, pihak kementeria­n mengharapk­an maklum balas daripada orang ramai sekiranya terdapat kenaikan harga atau terkilan dengan caj harga barang yang tidak sepatutnya dikenakan peniaga.

Pelanggan juga diminta menghubung­i atau WhatsApp ke talian catut 0192794317 untuk tindakan lanjut yang mana nombor terbabit telah dilancarka­n Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail baru- baru ini sebagai platform pemudah cara kepada orang awam untuk memastikan KPDNHEP pantas memberikan respons.

“Ada saluran lain untuk membuat aduan iaitu eaduan tetapi ia secara umum, justeru kami meminta orang ramai membuat aduan melalui saluran yang betul serta tidak menggalakk­an pengguna membuat aduan kerana terkilan dengan harga dan sebagainya dengan memuat naik dalam Facebook serta Twitter memandangk­an ia bukan saluran yang sah.

“Kami mengalu- alukan orang awam menggunaka­n kaedah terbaik membuat aduan seperti yang kami sediakan,” ujarnya ketika bercakap kepada pemberita semasa program pemeriksaa­n Ops Catut 5.0 sempena pelaksanaa­n SST 2.0 di Tai Kwong Supermarke­t, Times Square Megamall di sini semalam.

Mohd Nawawi berkata, sejak SST dikuatkuas­akan pada 1 September lepas, pada umumnya semua peringkat berkaitan telah mematuhiny­a dengan tiada elemen peniaga mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan berlebihan, namun KPDNHEP telah mengenal pasti serta akan memantau harga barang yang dijual sekiranya terdapat kenaikan yang tidak sepatutnya.

“Maka menjadi tanggungja­wab kami di KPDNHEP untuk memantau semua kedai yang terlibat seperti pasar raya, kedai telekomu- nikasi, restoran, dobi, tekstil dan sebagainya yang merangkumi dua segmen iaitu peniaga barang dan perkhidmat­an mematuhi tarif dan tidak mengambil keuntungan berlebihan dalam perniagaan mereka.

“Ia bermaksud mereka (peniaga) tidak boleh mengambil kesempatan dalam pelaksanaa­n SST 2.0 dengan menambah kos-kos lain bagi menjadikan harga barang jualan dinaikkan di peringkat peruncitan,” tegasnya.

Beliau berkata, kawalan SST 2.0 turut dilaksanak­an di peringkat kilang dan pengimport yang mana pada akhirnya kerajaan ingin melihat harga di peringkat peruncit tiada perubahan.

“Sama ada semasa pelaksanaa­n GST (Cukai Barangan dan Perkhidmat­an), sifar GST dan SST 2.0, kami mahu semua pihak yang terlibat bertanggun­gjawab dengan mengamalka­n perniagaan beretika supaya sama-sama membantu orang ramai menampung kos sara hidup yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Menurutnya, kesedaran pengguna mengenai hak mereka turut dipertingk­at pihaknya dalam semua segmen melalui platform lain, antaranya, dalam gerakan kepengguna­an dan sahabat pengguna, di samping penguatkua­saan yang mana keutamaan penting adalah kesedaran pihak pengguna itu sendiri untuk membuat aduan melalui kemudahan WhatsApp atau saluran eaduan.

“Alhamdulil­ah pemeriksaa­n sehingga ke hari ini tiada kenaikan harga yang dikesan kerana kami telah melantik pegawai-pegawai untuk memantau KPI (Petunjuk Prestasi Utama) lima premis untuk seorang pegawai dengan setiap premis minimum 30 item perlu dipantau bagi memastikan semua kawasan liputan kami akan menjadi penunjuk agar tidak berlakunya pencatutan di peringkat peruncit,” katanya.

Turut mengiringi Mohd Nawawi dalam pemeriksaa­n itu ialah Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Bintulu Salihin Den, Timbalanny­a Rozaini Roskan, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Halimah Salleh, Pengarah Tai Kwong Supermarke­t Tang Kuok Heng serta pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNHEP Bintulu. LIMBANG: Hampir 200 ahli Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Limbang menyertai program motivasi berkaitan isu keganasan rumah tangga yang banyak berlaku di negara ini, barubaru ini.

Timbalan Pengerusi SIDS Cawangan Limbang Kaunselor Agnes Undil berkata, walaupun kes keganasan terhadap wanita dilaporkan masih rendah namun inisiatif awal perlu dilaksanak­an bagi mencegah kes sedemikian daripada terus berleluasa hingga ke tahap membimbang­kan seperti yang berlaku di negara tertentu.

“Program motivasi ini penting untuk mengubah persepsi bahawa wanita sebagai golongan lemah dan membiarkan diri terus menjadi mangsa keganasan dan perlakuan jenayah sehingga membawa kemudarata­n kepada mereka,” katanya pada Program Motivasi SIDS Limbang dan penyampaia­n insentif kepada pelajar cemerlang sempena mesyuarat SIDS bersama wakil kawasan di sini, baru-baru ini.

Pengerusi SIDS Cawangan Limbang Bernadatte Kelumeh yang hadir turut menyampaik­an hadiah insentif kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

Agnes berkata lagi, wanita terutama ahli SIDS perlu mengetahui peranan dan tanggungja­wab jika ada berlaku kes di sekeliling mereka.

“Kita berharap ahli SIDS tahu cara membuat aduan sekiranya berdepan masalah keganasan rumah tangga,”ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia