Utusan Borneo (Sarawak)

23 ahli KEMBARA tawan puncak Mulu Pinnacle

-

KUCHING: Seramai 23 ahli Kelab Kembara Anak Sarawak (KEMBARA) berjaya menawan puncak Mulu Pinnacle di Gunung Api, Mulu pada Hari Malaysia, 16 September lalu.

Ekspedisi pendakian ke puncak itu dengan ketinggian 1,200 meter diketuai Presiden KEMBARA Yusuf Buji.

Semasa pendakian itu, ahli kelab terbabit turut menyanyika­n lagu ‘Ibu Pertiwiku’ sebagai tanda taat setia mereka kepada Sarawak sempena Hari Malaysia yang disambut barubaru ini.

Menurut Yusuf, ini adalah pengalaman yang sangat berharga kerana selain dapat menikmati keindahan alam, pendakian ini turut menguji tahap ketahanan fizikal dan mental mereka untuk sampai ke Puncak Pinnacle.

“Tidak seperti gununggunu­ng yang lain pernah ditawan KEMBARA, cabaran kali ini adalah yang paling getir dan sukar. Para pendaki terpaksa berada dalam keadaan berhati-hati setiap masa.

“Kesilapan pendaki boleh membawa kecederaan ekoran laluan hutan yang dilalui adalah mencanak (tegak memanjang) dan berbatu tajam serta licin. Selain itu pendaki terpaksa melalui beberapa anak tangga di mana keadaannya sangat mencabar dan kesilapan pendaki boleh mengundang bahaya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Bagaimanan­apun katanya, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi serta komunikasi berkesan menjadi faktor kejayaan KEMBARA dapat menawan puncak tersebut.

Yusuf berkata, ekspedisi tahunan yang diadakan seumpama ini memerlukan latihan fizikal dan ketahanan mental.

Menurutnya, ahli KEMBARA telah menjalanka­n latihan dengan mendaki gunung-gunung di sekitar Kuching, Bau, Padawan, Betong.

“Selain itu, kami juga menjalani latihan menaiki anak tangga bangunan setinggi 20 tingkat hampir setiap hari serta menyertai larian terbuka anjuran pelbagai pihak sebagai persediaan untuk melakukan aktiviti pendakian sedemikian.

“Perjalanan yang jauh merupakan kegemaran pendaki KEMBARA,” katanya.

Bercakap mengenai pengalaman sebelum mendaki ke puncak Mulu Pinaccle itu, Yusuf memberitah­u, mereka terpaksa menaiki bot panjang dari pekan Mulu selama satu jam.

“Selepas i tu, kami meneruskan perjalanan den- gan berjalan kaki merentas hutan sejauh sembilan kilometer untuk sampai ke Kem 5 iaitu tempat persinggah­an sebelum menyambung perjalanan menaiki puncak seawal jam 6 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Yusuf berkata, KEMBARA telah merancang banyak ekspedisi pendakian untuk tahun 2019 termasuk menawan puncak Gunung Murud dan Gunung Fansipan iaitu gunung tertinggi di Semenanjun­g Indochina (meliputi Vietnam, Laos dan Kemboja).

“Malah, kami turut merancang mengadakan ekspedisi ke Anapurna Base Camp di Nepal setahun kemudian,” katanya.

Hadir sama menyertai Ekspedisi Menawan Puncak Mulu Pinnacle itu ialah Evelin Ruman, Mohammad Zamahari Abdullah, Abang Armand Abang Ismail, Abas Seminan, Alvin Vincent Abeng, Danny Jabing, Arolyn Sullong, Dayang Shamsinar Abang Shamsuddin, Flora Sal Henry, Dr Dayang Elena Maria Abang Draup, Jinoi Raup, Lucy Hosea Drang, Mohammad Zamzuri Mohd Pauzi, Normala Sulliman, Arif Suhadat, Sri Amira Marset, Pooncholai Poosary, Siti Haja Ashna Samat Haron, Catherine Saman, Dewisusant­i Jole, Aisyah Saidatina Khadijah, Erna Ruhaily Rusli, Cynthia Francesca Biren dan Fadhilah Jais.

 ??  ?? DI PUNCAK: Yusuf, Evelin dan Zamahari bersama Pendaki Kelab KEMBARA merakam kenangan di puncak Mulu Pinnacle di Gunung Api, Mulu sempena Hari Malaysia baru-baru ini.
DI PUNCAK: Yusuf, Evelin dan Zamahari bersama Pendaki Kelab KEMBARA merakam kenangan di puncak Mulu Pinnacle di Gunung Api, Mulu sempena Hari Malaysia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia