Utusan Borneo (Sarawak)

30 ahli AKRAB sertai Ekspedisi Pendakian Gunung Santubong

-

KUCHING: Seramai 30 ahli AKRAB Pejabat Pendidikan Daerah Padawan telah menyertai Ekspedisi Pendakian Gunung Santubong pada 16 September 2018 sempena sambutan Hari Malaysia.

Peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Padawan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak termasuk ahli keluarga masing-masing.

Ekspedisi itu turut dijayakan ahli Kelab Kembara Anak Sarawak (KEMBARA) Mohamad Firdaus Ismail dan Francis Dick sebagai penunjuk arah.

Menurut Pengerusi AKRAB PPD Padawan Anthony Mathew Dunging, ekspedisi itu merupakan salah satu program kecergasan yang ditetapkan dalam Takwim AKRAB 2018 di mana ia memfokuska­n latihan kecergasan fizikal dan mental bagi setiap ahli, selaras dengan objektif AKRAB untuk memberi perkhidmat­an terbaik dari segi sokongan mental dan fizikal.

“Ekspedisi ini juga telah dirancang untuk dilangsung­kan sempena sambutan Hari Malaysia bagi menerapkan rasa kekitaan dan cintakan negara.

“Oleh itu Program Kibaran Bendera Kebangsaan telah dilaksanak­an di Puncak Gunung Santubong dengan jayanya oleh semua peserta pada hari tersebut,” katanya.

Ketua Ekspedisi yang juga Kaunselor Jabatan Veronica Peter Ballak turut melahirkan rasa syukur kerana program tersebut berjaya dilaksanak­an setelah beberapa bulan dirancang.

Katanya, program berkenaan dapat menyemai rasa kekitaan sesama ahli AKRAB dengan masyarakat luar di samping menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta yang terlibat.

“Diharapkan juga program ini dapat mengukuhka­n lagi semangat berpasukan bagi melonjakka­n lagi peranan AKRAB di dalam jabatan untuk menjana sebuah organisasi yang cemerlang dan berdaya saing,” kata Veronica.

Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Mostapha Sidik yang turut menyertai ekspedisi itu turut memuji AKRAB Pejabat Pendidikan Padawan kerana berusaha gigih menjayakan program ini.

Menurutnya, kerjasama serta kesefahama­n sesama ahli amat membantu dalam menjayakan aktiviti berkenaan sambil berharap aktiviti ini dapat memberi manfaat serta pengalaman berharga kepada setiap peserta yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia