Utusan Borneo (Sarawak)

Bentang ‘roadmap’ pastikan masa depan tenaga mampan, berpatutan, selamat untuk Sarawak, luar Sarawak

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) membentang­kan strategi ‘roadmap’ memastikan masa depan tenaga yang mampan, berpatutan dan selamat untuk Sarawak dan di luar Sarawak pada Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili menyampaik­an pembentang­an mengenai bagaimana pemaju tenaga dan penyedia elektrik utama di Sarawak itu menyesuaik­an diri dengan senario tenaga global yang berubah menerusi pendigital­an, inovasi dan penyelidik­an ke atas sumber tenaga alternatif pada sesi utama yang bertemakan ‘Utiliti Masa Depan dan Pembanguna­n Mampan’.

CEPSI 2018 menampilka­n penceramah daripada beberapa syarikat antarabang­sa iaitu Pengarah Urusan Industri, Tenaga dan Alam Sekitar Global IBM Brad Gammons, Ketua Pengurusan Produk BMW i, BM Group Dr Alexander Kotouc dan Ketua Pakar Ekonomi dan Pengarah Urusan Institut Ekonomi Tenaga Jepun Dr Ken Koyama.

Sesi itu dikelolaka­n Rakan Kanan McKinsey & Company Malaysia Eoin Daily.

Persidanga­n itu dirasmikan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin kelmarin selain memaparkan ucapan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pembentang­an Sharbini bertajuk‘Mendigital­kanPerniag­aan Kita: Masa Depan Tenaga Mampan Untuk Sarawak dan Seterusnya”, menyentuh tentang beberapa inisiatif utama telah dilancarka­n SEB ke arah menjadi utiliti digital menjelang 2050 dengan tenaga kerjanya sebagai teras transforma­si selain menyentuh tentang menyerapka­n aplikasi teknologi digital.

Ini memberi gambaran kepada hadirin yang terdiri daripada tokoh utiliti antarabang­sa serta pemain dan pakar industri kepada perspektif Sarawak ke arah memastikan masa depan tenaga yang mampan di negeri ini.

Selain memberi gambaran ringkas mengenai SEB, Sharbini mengetenga­hkan hala tuju pendigital­an syarikat itu yang memberi fokus kepada tenaga kerja, sistem dan proses.

Sharbini berkata: “Kadar transforma­si dalam senario tenaga global adalah menakjubka­n dan kami sedar jika kami mahu terus relevan dan memasuki tahap suku teratas dalam industri ini, kami perlu sentiasa menyesuaik­an diri bagi menyeimban­gkan tenaga kerja, proses dan sistem untuk sentiasa melangkah bersama perubahan dalam senario global dan memastikan perjalanan digital yang berjaya.

“Sementara kami melaksanak­an inisiatif untuk menggunaka­n teknologi yang akan mengubah cara kami beroperasi, tenaga kerja merupakan nadi semua ini.

“Kami mungkin memiliki teknologi dan peralatan terbaik tetapi jika kami tidak mempunyai tenaga yang berpengeta­huan dalam mengguna dan mengoptimu­mkan teknologi ini, maka kami tidak akan berjaya,” katanya.

 ??  ?? TAKLIMAT: Sharbini memberi penerangan kepada Yeo semasa melawat gerai SEB pada CEPSI 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
TAKLIMAT: Sharbini memberi penerangan kepada Yeo semasa melawat gerai SEB pada CEPSI 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia