Utusan Borneo (Sarawak)

Padankan pelan simpanan persaraan anda dengan PRS

-

KUCHING: Semua kita mempunyai gaya hidup yang berlainan. Ada di antara kita yang berbelanja lebih, manakala ada yang mungkin lebih berjimat cermat. Semua itu baik dan bagus, selagi kita mampu menanggung gaya hidup kita.

Namun apakah yang berlaku selepas kita bersara? Adakah kita menjimatka­n wang yang mencukupi untuk menanggung gaya hidup kita? Oleh kerana semua kita memiliki jangkaan tersendiri mengenai cara untuk menjalani kehidupan yang kita inginkan, kita tidak dapat menjimatka­n wang seperti kakak, bapa saudara, rakan karib atau nenek kita. Kita memerlukan rancangan simpanan persaraan kita sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Private Pension Administra­tor Malaysia ( PPA) Husaini Hussin sering ditanya tentang jumlah yang seseorang itu perlu kumpul sebelum dia bersara.

“Tiada jawapan yang sama kerana semua orang memiliki keperluan dan kehendak yang berbeza. Bagaimanap­un PPA menawarkan kalkulator persaraan dalam laman sesawang kami, www.ppa. my, untuk membantu meramalkan simpanan persaraan kita,” katanya.

Kaedah ‘Accumulati­on’ (Pengumpula­n) mensimulas­i berapa banyak yang akan dapat disimpan sebelum anda bersara dengan memasukkan beberapa maklumat seperti usia, pendapatan sekarang dan pelan simpanan. Kaedah ‘ Withdrawal’ ( Pengeluara­n) membimbing anda tentang berapa banyak yang anda dapat belanja setiap bulan pada tahun-tahun persaraan anda berdasarka­n simpanan sepanjang hayat anda.

Untuk bersiap sedia bagi tahun- tahun keemasan mereka, kira-kira 350,000 warga Malaysia telah mendaftar diri bersama Skim Persaraan Swasta (PRS), satu skim simpanan dan pelaburan sukarela bagi jangka panjang yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak wang bagi persaraan mereka.

Pada tahun lepas, PRS menikmati tahun pertumbuha­n yang memecah rekod dengan keahlian yang meningkat sebanyak 36 peratus manakala nilai aset bersih keseluruha­n bertambah sebanyak 47 peratus.

Dengan PRS, pencarum memiliki kelonggara­n untuk melabur dalam 56 dana yang diurus oleh lapan Penyedia PRS. Anda boleh mendaftar diri dengan cara yang mudah, selamat dan menyenangk­an menerusi PRS Oline di www.ppa. my atau menerusi satu daripada 20,000 Perunding PRS yang berdaftar di seluruh negara.

Penyumbang PRS layak mendapat pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM3,000 manakala belia di antara umur 20 hingga 30 tahun yang menyimpan sebanyak RM1,000 dalam PRS akan menerima bayaran sekali RM1,000 daripada kerajaan. Kirakira 125,000 belia sudah mendapat manfaat daripada Insentif Belia PRS, yang ditawarkan sehingga 31 Disember tahun ini.

“Ini merupakan insentif yang amat baik kerana ia memulakan simpanan persaraan bagi belia,” kata Husaini.

PPA akan menganjurk­an siri ceramah mengenai simpanan persaraan dengan tema ‘Simpan Lebih Untuk Masa Depan Anda Bersama PRS’, dan sesi seterusnya adalah pada 29 September ini yang memaparkan penceramah daripada PPA dan Kenanga Investors Berhad (KIB). Sesi tersebut akan diadakan di Crown Towers, Kuching.

Sepuluh peserta berpeluang untuk menerima ganjaran bernilai RM200 dalam bentuk unit PRS pada hari ceramah. Mereka yang mendaftar diri untuk PRS sewaktu sesi itu nanti juga akan menerima hadiah.

Sila daftar di http://gg.gg/ shppa untuk menempah tempat duduk. Kemasukan adalah percuma tetapi terhad kepada 200 tempat duduk berdasarka­n siapa dahulu, dia dapat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia