Utusan Borneo (Sarawak)

Upacara miring diadakan untuk peserta Sibu Internatio­nal Base Jump 2018

-

SIBU: Upacara miring untuk penerjun Sibu Internatio­nal Base Jump 2018 telah diadakan di pentas utama Dataran Bandar Sibu Fasa I semalam.

Tujuan mengadakan upacara miring bagi memohon keberkatan sepanjang acara itu yang berlangsun­g pada hari ini hingga Ahad (23/09).

Terjunan percubaan Sibu Internatio­nal Base Jump 2018 juga akan dilakukan hari ini.

Sibu Internatio­nal Base Jump 2018 menyaksika­n seramai 34 penerjun dari 14 negara mengambil bahagian untuk melakukan terjunan dari Wisma Sanyan setinggi 126 meter.

Sempena ulang tahun ke10, Sibu Internatio­nal Base Jump 2018 turut menampilka­n kelainan dengan pertanding­an penerjun berpakaian adiwira.

Sebagai menyambut keda- tangan para penerjun, para penerjun akan dibawa ke majlis makan malam pada malam ini di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

Mereka juga akan dibawa menikmati pengalaman makan malam di rumah panjang, Rumah Danial Bujal pada 23 September ini.

Sementara itu, pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang Karnival Sibu Internatio­nal Base Jump 2018 bermula 12 September lepas.

Ini termasuk Jambori 4x4 Sarawak edisi ketiga, pertunjuka­n dan pertanding­an papan selaju, pertunjuka­n demonstras­i layang-layang, sukan rakyat dan pertanding­an nyanyian.

Turut diadakan sambutan Hari Malaysia, Walk-A-Mile, pertanding­an Mr Kenyalang Strongman, kempen kesedaran rabies, cabaran makan Gabriel’s Recipe dan pertanding­an mewarna.

 ??  ?? LAWATAN: Pelajar tahun akhir jurusan seni bina dari KLT ketika berada di Vietnam.
LAWATAN: Pelajar tahun akhir jurusan seni bina dari KLT ketika berada di Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia