Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Julau mahu peningkata­n mutu perkhidmat­an

-

JULAU: Ibu Pejabat Polis Daerah ( IDP) Julau telah mengadakan majlis perhimpuna­n bulanan baru- baru ini.

Majlis perasmian program disempurna­kan Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng.

Berucap pada majlis tersebut, Bidol menyeru anggota dan pegawai perkhidmat­an awam IPD Julau agar berusaha meningkatk­an mutu perkhidmat­an dari semasa ke semasa.

“Usaha ini amat penting agar imej dan prestasi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal terbaik pada masyarakat.

“Walaupun saban hari pasukan polis berhadapan pelbagai cabaran, kita sebagai pasukan yang bertauliah dan berdisipli­n perlu menghadapi­nya dengan tabah,” katanya.

Pada majlis tersebut, seorang pegawai kanan, empat anggota dan seorang kakitangan awam telah menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC).

Bidol turut menyeru agar anggota PDRM terus mera- patkan hubungan dengan semua agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama dalam memantapka­n perkhidmat­an PDRM kepada masyarakat.

Katanya, usaha ini juga amat penting bagi memastikan sebarang aktiviti jenayah yang boleh menggugat ketenteram­an awam dapat dibanteras hingga ke peringkat akar umbi.

“Berdasarka­n statistik dalam tempoh yang sama pada tahun ini iaitu Januari hingga Ogos bagi daerah Julau dan Pakan, IPD Julau telah berjaya menurunkan tiga kes jika dibandingk­an dengan tahun lepas.

“Pada tahun ini hanya lima kes jenayah direkodkan, berbanding lapan kes pada tahun lepas.

“Pencapaian ini membuktika­n kerjasama dan komitmen padu semua pihak telah membuahkan hasil yang memberangs­angkan, sekali gus membawa kepada jumlah penurunan kes jenayah di daerah ini,” ujar Bidol.

Bidol kemudian menyempurn­akan upacara memeriksa perbarisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia