Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan anggota kongsi gelap dijatuhi hukuman penjara 16 bulan

-

GEORGE TOWN: Sembilan individu daripada 27 individu yang sebelum ini didakwa menganggot­ai kumpulan jenayah terancang, Kongsi Gelap Geng 24 Pulau Pinang mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n ( LangkahLan­gkah Khas) 2012 (SOSMA) dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap kesemua tertuduh itu selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, iaitu mengganggo­tai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Tertuduh terbabit ialah Chan Yi Heng, Hanry Tan Cheng Yu, Lim Boon Hooi, Yeong Kah Man, Yeoh Choon Hin, Yeoh Choon Hong, Tang Soon Poh, Teoh Chin Yeow dan Teng Kok Loon. Mereka berumur antara 22 hingga 55 tahun.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit meminda pertuduhan tertuduh daripada Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah Sosma kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Seramai 18 lagi tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu dan mahkamah memerintah­kan kes tersebut dipindahka­n ke Mahkamah Majistret.

Selepas pindaan itu, pertuduhan terhadap kesembilan tertuduh tidak lagi di bawah Sosma dan pertuduhan pindaan turut memperuntu­kkan hukuman yang lebih ringan iaitu hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seksyen 130 V Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan pindaan, mereka didakwa menjadi anggota Geng 24 yang merupakan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang antara 1 Jan 2015 hingga 6 Mei 2017.

Mahkamah kemudian memerintah­kan kesemua tertuduh menjalani hukuman dari tarikh mereka ditangkap iaitu 6 Mei 2017. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Sebahagian daripada 27 anggota kongsi gelap Geng 24 diiringi anggota polis ke Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang semalam.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Sebahagian daripada 27 anggota kongsi gelap Geng 24 diiringi anggota polis ke Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia