Utusan Borneo (Sarawak)

Seleweng dana latihan RM4 juta, dua pegawai subsidiari FELCRA direman

-

PUTRAJAYA: Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat FELCRA Berhad direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan dana kerajaan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluark­an perintah reman sehingga 23 September itu terhadap dua lelaki terbabit selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Pengarah urusan berusia 53 tahun serta penasihat pembanguna­n perniagaan dan pemasaran strategik syarikat berumur 45 tahun berkenaan disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pengarah urusan itu ditahan kira- kira jam 6.20 petang kelmarin di ibu pejabat SPRM di sini manakala suspek kedua ditahan pada jam 5.40 petang di SPRM Kelantan.

SPRM juga dilaporkan menyerbu 10 lokasi secara serentak kelmarin termasuk ke atas pejabat anak syarikat FELCRA di Setapak di ibu negara serta lokasi-lokasi lain di Pantai Timur, Perak dan Lembah Klang.

SPRM dilaporkan menyita sejumlah dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan.

Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai memanipula­si sebut harga selain melantik syarikat luar yang dimiliki oleh anggota keluarga dan kenalannya untuk membekalka­n tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus yang dikendalik­an oleh anak syarikat terbabit.

Kata sumber itu, salah guna kuasa tersebut dikesan bermula pada 2014 dan berlarutan sehingga kini membabitka­n nilai projek kira-kira RM4 juta.

Sumber SPRM itu berkata setakat ini 15 individu telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini dan SPRM Kelantan untuk ditemu bual berhubung kes berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU SIASATAN: Pegawai SPRM membawa dua pegawai anak syarikat FELCRA Berhad ke Mahkamah Majistret untuk mendapatka­n perintah reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa berkaitan penyelewen­gan kewangan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta.
— Gambar Bernama BANTU SIASATAN: Pegawai SPRM membawa dua pegawai anak syarikat FELCRA Berhad ke Mahkamah Majistret untuk mendapatka­n perintah reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa berkaitan penyelewen­gan kewangan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia