Utusan Borneo (Sarawak)

NSTP didakwa menerbitka­n artikel berunsur fitnah mengenai syarikat

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 3 Okt untuk pengurusan kes saman syarikat pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) terhadap syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) atas dakwaan menerbitka­n artikel berunsur fitnah mengenai syarikat itu dan pembabitan­nya sebagai pemaju utama Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak.

Peguam SPSB, Mohamed Reza Rahim yang turut menyebut bagi pihak NSTP memberitah­u wakil media bahawa Pesuruhjay­a Kehakiman Aliza Sulaiman menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika pengurusan kes berkenaan semalam.

Katanya tarikh pengurusan kes selanjutny­a ditetapkan bagi membolehka­n peguam-peguam yang mewakili pihak-pihak terbabit dalam kes saman berkenaan berjumpa dengan pesuruhjay­a kehakiman itu.

“Sebelum ini, kes ditetap- kan di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin sebelum ditukarkan di hadapan pesuruhjay­a kehakiman yang baharu,” katanya.

Pada 20 Jun lepas, SPSB selaku plaintif menyaman NSTP dan wartawan Che Wan Badrul Alias selaku defendan atas dakwaan menerbitka­n enam artikel berunsur fitnah dalam akhbar Berita Harian antara 21 Dis 2017 hingga 9 Feb 2018 mengenai syarikat itu, mengakibat­kan SPSB mengalami kerugian kerana kehilangan projekproj­ek nilai tinggi yang diusahakan­nya.

Dalam pernyataan tuntutan, SPSB mendakwa laporan dan artikel dalam akhbar itu telah dimuat naik di laman web NSTP di https://www. bharian. com. my dan akibat daripada tindak-tanduk kedua-dua defendan laporan dan artikel itu telah tular ke media massa yang lain.

Dakwa SPSB, laporan itu ditulis dengan tidak beretika dan gagal mematuhi nilainilai kewartawan­an yang adil antara lain membuat dakwaan terhadap syarikat tersebut bahawa ia secara salah memindahka­n aset-aset milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FEL- DA) sehingga menjejaska­n FELDA.

Syarikat itu mendakwa notis bertarikh 1 Jun lalu telah dihantar kepada kedua-dua defendan untuk menuntut permohonan maaf dan ganti rugi namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Oleh itu, SPSB memohon perintah injunksi untuk menghalang kedua-dua defendan atau pekerjanya atau ejennya daripada menerbitka­n semula kenyataan fitnah itu selain menuntut ganti rugi berjumlah RM250 juta serta permohonan maaf mengikut terma yang ditetapkan oleh syarikat.

NSTP dalam pembelaan yang difailkan pada 25 Julai lepas mendakwa artikel- artikel berkenaan tidak memfitnah dan tidak ada kena-mengena dengan syarikat itu tetapi secara eksklusif menyentuh isu-isu kepentinga­n awam.

Dakwa kedua- dua defendan, artikel- artikel itu ditulis dengan cara yang adil dan bertanggun­gjawab. — Bernama

Sebelum ini, kes ditetapkan di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin sebelum ditukarkan di hadapan pesuruhjay­a kehakiman yang baharu. Mohamed Reza Rahim Peguam SPSB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia