Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki merompak wanita bersama anak kecil dipenjara 9 tahun, satu sebatan

-

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang berpura- pura menolong seorang wanita bersama anak kecil yang keretanya tersadai di tepi jalan Mac lalu, semalam dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan satu sebatan kerana merompak barangan dan wang tunai milik wanita itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Hilmiah Yusof menjatuhka­n hukuman itu ke atas Johar Mohd Yusof, 44, seorang pengawal keselamata­n, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah merompak Aryaty Ibrahim, 40.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara itu berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 April lalu.

Mengikut pertuduhan pindaan, Johar didakwa melakukan rompak berkumpula­n ke atas wanita itu dengan merompak seutas jam tangan, sehelai baju kemeja, seutas rantai leher, satu cermin mata, seutas gelang tangan, sebuah telefon bimbit jenama Asus dan wang tunai RM400.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan perniagaan Jalan PJS 3/32, di sini, pada jam 1 petang, 31 Mac lalu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pen- dakwa Raya Shafiq Hasim memohon hukuman berat memandangk­an ketika kejadian mangsa bersama anak kecilnya sehingga menyebabka­n kanak-kanak itu trauma.

“Selain itu, kerugian turut dialami mangsa kerana pelbagai barangan miliknya diambil. Saya juga mohon hukuman berbentuk sebatan juga dikenakan supaya dapat menginsafk­an tertuduh,” kata Shafiq.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu pertimbang­an mahkamah agar menjatuhin­ya hukuman ringan dan hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa bersama anak lelakinya berusia lima tahun terpaksa memberhent­ikan keretanya di tepi jalan kerana suhu enjin kereta yang naik secara tiba-tiba.

Mangsa kemudian didatangi tertuduh yang menaiki kereta dan menawarkan diri untuk memandu kereta mangsa ke bengkel.

Namun, ketika dalam perjalanan ke bengkel, mangsa telah diarahkan keluar daripada kereta yang diberhenti­kan dan tertuduh kemudian bertindak mencekik serta merentap rantai di leher mangsa sebelum mengambil barangan lain milik mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia