Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sahabat ceroboh Menara Ilham didenda RM500

-

KUALA LUMPUR: Tiga sahabat yang menceroboh Menara Ilham sehingga ke tingkat 56 bangunan itu didenda RM500 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chew Jun Shin, 24; Chong Kah Liong, 23, kedua-duanya juruteknik, dan ejen jualan Wong Chun Hong, 23 selepas masing- masing mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh masuk ke tingkat 56, Menara Ilham tanpa kebenaran dengan melalui tangga kecemasan.

Mereka melakukan kesalahan itu pada jam 7 petang, 16 September lalu dan boleh hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara 48 bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan rompak bersenjata­kan pisau di beberapa buah kedai serbaneka di sekitar ibu negara dengan mengambil rokok pelbagai jenama dan wang.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhka­n hukuman penjara 36 bulan terhadap Siah Chee Ming, 43, bagi pertuduhan pertama, penjara 42 bulan dan satu sebatan untuk pertuduhan kedua manakala pertuduhan ketiga hukuman penjara 48 bulan dan satu sebatan.

Mahkamah memerintah­kan Siah menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 2 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan rompak terhadap Miah Md Babul dengan menunjukka­n pisau dan mengambil 15 kotak rokok pelbagai jenis di KK Mart, Taman Intan Baiduri, Kepong, pada 12.18 tengah malam, 28 Julai lepas.

Dia juga dituduh merompak Kanwar Chitra Bahadur dengan menunjukka­n pisau dan mengambil wang tunai berjumlah RM154 di 7 Eleven, Jinjang Utara pada 12.01 tengah malam, 1 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa melakukan rompak bersenjata­kan sebilah pisau terhadap Sadura Ramli di KK Supermart dan Superstore Taman Kepong, Sentul, 2 Ogos, — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia