Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki pukul saudara yang kejutnya dari tidur

-

IPOH: Gara-gara dikejutkan ketika sedang tidur, seorang lelaki nekad memukul seorang saudaranya sehingga mati dalam satu kejadian di Menglembu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berumur 62 tahun ditemui mati oleh polis di sebuah rumah di Menglembu dengan kesan pukulan pada bahagian belakang punggung sehingga ke belakang badan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, siasatan awal juga mendapati mangsa mempunyai kecederaan pada bahagian muka, pipi kanan dan kiri serta kelopak mata kiri disyaki dipukul menggunaka­n payung sebelum terjatuh.

Menurut Mohd Ali, selepas kejadian suspek seorang lelaki berumur 69 tahun telah pergi ke Balai Polis Menglembu dan mendakwa dia serta cucunya dipukul oleh orang yang bergaduh dan diminta menunjukka­n lokasi kejadian.

“Namun selepas sejam polis tidak menjumpai lokasi kejadian dan pulang semula ke balai sebelum menyoal siasat suspek yang kemudian membawa anggota bertugas ke tempat insiden,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Ali berkata pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah mengambil beberapa barang kes antaranya beberapa batang payung dan penyapu selain sampel darah pada tangan suspek.

“Tiada saksi di tempat kejadian dan insiden itu cuma diceritaka­n oleh suspek kepada adiknya serta pegawai bertugas,” katanya.

Mohd Ali berkata semakan mendapati suspek yang tidak bekerja pernah ditahan serta menjalani rawatan di Hospital Tanjung Rambutan sekitar tahun 90-an dan pihak polis akan mendapatka­n surat pengesahan berhubung perkara itu.

Katanya mangsa yang tidak bekerja mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah telah tinggal bersama suspek sejak sebulan lepas serta mereka dikatakan sering berselisih faham.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia