Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak polis mengklasif­ikasikan kes mematikan orang dengan salah

-

SHAH ALAM: Polis Selangor membuat 12 serbuan dan tujuh tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan arak kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata operasi berkenaan telah dilakukan di premis kedai runcit di Bukit Kemuning, Taman Seri Muda dan Kampung Baru Subang, Seksyen U5 di Shah Alam; Taman Sri Gombak, Taman Daya dan Taman Sri Ehsan di Kuala Lumpur serta Bandar Rinching, Semenyih di Kajang.

Menurut beliau, tujuh individu yang merupakan pengusaha serta pekerja kedai runcit itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita iaitu dua warga tempatan, dua warga Myanmar serta tiga warga India kesemuanya berusia 40-an.

“Daripada serbuan itu jumlah rampasan sehingga kini adalah 1,030 botol wiski dan 1,767 tin bir pelbagai jenama termasuk Grand Royal Wiski, Mandalay Wiski, Valcano dan King Fisher.

“Tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.

Ketika ditanya kemungkina­n kesemua premis terbabit memperoleh bekalan arak daripada pembekal yang sama, Mazlan berkata perkara itu masih dalam siasatan.

Katanya, ketika serbuan juga terdapat beberapa premis kedai runcit tidak beroperasi.

“Selepas berita keracunan arak dilaporkan di media, beberapa kedai runcit terus ditutup mungkin kerana tidak mahu terlibat atau ingin lupuskan arak yang boleh kaitkan mereka dengan kesalahan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata sehingga jam 8 pagi semalam di Selangor, mangsa keracunan arak yang mening-

Daripada serbuan itu jumlah rampasan sehingga kini adalah 1,030 botol wiski dan 1,767 tin bir pelbagai jenama termasuk Grand Royal Wiski, Mandalay Wiski, Valcano dan King Fisher. Datuk Mazlan Mansor Ketua Polis Selangor

gal dunia mencecah 17 orang, 24 mangsa sedang dalam rawatan dan sembilan mangsa telah dibenarkan keluar hospital.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia adalah seorang warga tempatan, tujuh warga Myanmar, dua warga Bangladesh, lima warga Nepal, seorang warga India dan seorang yang identiti tidak diketahui, berusia lingkungan 20-an ke awal 30-an.

Menurut beliau lagi, sehingga kini, polis masih menunggu laporan rasmi mengenai punca kematian mangsa daripada pihak hospital.

“Ekoran kejadian ini juga, pihak polis telah mengklasif­ikasikan semula kes daripada mati mengejut kepada Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan iaitu mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang.

“Seksyen ini membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda atau kedua- duanya sekali. Sebanyak 17 kertas siasatan dibuka untuk tujuan ini,” katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, polis ibu negara menahan dua lelaki dan mer- ampas 23 botol arak hasil serbuan di tiga premis menjual minuman keras di sekitar daerah Sentul semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata empat daripada kematian itu direkodkan di sekitar ibu negara.

Dua lelaki ditahan di sebuah premis di Taman Sri Kuching, di sini pada kira-kira jam 11 pagi semalam, masing-masing seorang warga tempatan berusia 60- an dan warga Bangladesh berusia 40- an yang merupakan penjaga premis itu.

“Hasil serbuan berkenaan polis telah merampas 18 botol arak jenama Grand Royal Whisky dan lima botol jenis Mandalay Whisky dengan nilai rampasan dianggarka­n lebih RM300.

“Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kerana tidak memiliki lesen menjual arak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

Beliau berkata polis turut membuat serbuan di Jalan Ipoh dan Jinjang Utara, bagaimanap­un tiada sebarang rampasan dan tangkapan dilakukan.

Daripada empat yang maut itu, dua adalah lelaki tempatan dan dua warga asing yang meninggal dunia sejak 14 Sept lalu di beberapa lokasi dipercayai keracunan selepas meminum minuman keras yang dibeli di kedai di Batu 3, Jalan Ipoh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBAHAYA: Minuman keras mengandung­i metanol jenama Mandalay Whiskey (kiri) dan Grand Royal Whiskey adalah sebahagian 23 botol minum keras yang dirampas dalam satu serbuan polis di sebuah kedai minuman keras di Taman Sri Kuching semalam.
— Gambar Bernama BERBAHAYA: Minuman keras mengandung­i metanol jenama Mandalay Whiskey (kiri) dan Grand Royal Whiskey adalah sebahagian 23 botol minum keras yang dirampas dalam satu serbuan polis di sebuah kedai minuman keras di Taman Sri Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia