Utusan Borneo (Sarawak)

Polis serbu dua premis jual arak secara haram di Shah Alam

-

SHAH ALAM: Polis merampas 1,019 tin dan 392 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai kira-kira RM15,000 menerusi serbuan di dua premis rumah kedai di Seksyen 25 di sini, malam kelmarin, dalam ‘operasi metanol’ susulan kes keracunan arak yang mengorbank­an banyak nyawa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata operasi selama empat jam bermula jam 9 malam itu turut menahan dua pekerja lelaki di keduadua premis berkenaan yang dipercayai menjual arak secara haram sejak enam bulan lalu.

“Seorang pekerja yang merupakan warga tempatan direman sehingga 21 Sept ini manakala seorang lagi pekerja warga Myanmar direman sehingga 2 Okt di bawah Akta Imigresen.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda maksimum 10 kali ganda amaun duti kastam atau penjara maksimum tiga tahun jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Baharudin berkata pihaknya memandang serius kegiatan menjual arak secara haram, dan dalam usaha membantera­s kegiatan itu, 20 serbuan dijalankan dari awal tahun sehingga bulan ini, dengan rampasan 6,128 tin dan 3,320 botol arak bernilai kira-kira RM60,000.

Beliau berkata 12 kes telah dituduh di bawah Seksyen 76 Akta Eksais dan di bawah Akta Imigresen dengan hukuman denda antara RM2,000 dan RM4,000.

“Ingin ditegaskan penguatkua­saan pihak polis dibuat berterusan sejak awal tahun ini, bukan hanya dilakukan berikutan kes keracunan arak ini. Kita selalu memantau kegiatan menjual arak secara haram di daerah ini,” katanya.

Setakat ini, Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n 19 mangsa maut, 14 dalam keadaan kritikal dan sembilan pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan serta pemerhatia­n akibat keracunan metanol dalam minuman keras di Selangor dan Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia