Utusan Borneo (Sarawak)

Skim wang kutu tradisiona­l tidak termasuk dalam akta

-

KUALA LUMPUR: Aktiviti skim wang kutu secara tradisiona­l yang tidak bermotifka­n keuntungan tidak termasuk dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan semalam memaklumka­n skim wang kutu tradisiona­l hanya memberikan kembali jumlah yang disumbang mengikut giliran yang ditetapkan.

“Skim wang kutu tradisiona­l biasanya dianjurkan atas dasar kemasyarak­atan dan kepercayaa­n dalam kalangan jiran tetangga, sahabat handai, saudara-mara atau rakan kerja bagi tujuan mengumpulk­an wang mengikut keperluan masing- masing tanpa sebarang keuntungan bagi mana-mana individu,” kata kenyataan itu.

Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 melarang mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (atau dahulunya Akta Syarikat 1965) atau perniagaan berdaftar di bawah Akta Pendaftara­n Perniagaan 1956 menjalanka­n aktiviti perniagaan berbentuk skim wang kutu.

Jika didapati bersalah, penganjur boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarak­an untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

SSM menegaskan aktiviti wang kutu yang mendatangk­an hasil yang berlipat ganda berbanding sumbangan yang diberikan termasuk sebarang pulangan tambahan selain daripada wang sumbangan asal adalah termasuk dalam aktiviti yang dilarang dan tidak terkecuali daripada akta tersebut.

Baru- baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memaklumka­n aktiviti main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Melalui laman Facebook ( Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, JSJK mendedahka­n terdapat beberapa kes penganjur atau ‘ ibu kutu’ menghilang­kan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia