Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan telah meminta syarikat menghantar surat peringatan akhir kepada pemilik kenderaan

-

PUTRAJAYA: Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg udara, Takata, digesa untuk berbuat demikian atau bakal berhadapan dengan tindakan senarai hitam.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan telah meminta syarikat kenderaan terbabit untuk menghantar surat peringatan akhir kepada pemilik kenderaan dalam tempoh dua minggu.

“Jika mereka masih tidak menghirauk­an surat peringatan tersebut, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan menghantar notis untuk dipanggil memberi penjelasan dan bakal berdepan dengan tindakan senarai hitam,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Loke berkata sebanyak 408,551 pucuk surat peringatan telah dihantar kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dengan menelan belanja hampir RM1 juta sejak 26 Jun lalu.

“Namun setakat ini hanya 70,853 bilangan kenderaan atau kira-kira 17 peratus telah dihantar ke bengkel syarikat pengeluar dan selesai urusan penukaran beg udara,” katanya.

Bagi pengeluar kenderaan lain termasuk BMW, Mit- subishi, Nissan dan Toyota yang masih gagal mendapatka­n stok beg udara yang mencukupi, Loke berkata pihaknya memberi tempoh sehingga dua bulan untuk berbuat demikian.

“Mereka mengemukak­an alasan seperti masalah pengangkut­an termasuk masalah untuk mendapatka­n stok dari Jepun, namun mereka menjangkak­an kesemua stok akan sampai menjelang akhir November ini,” katanya.

Mengenai perkhidmat­an teksi motosikal, Dego Ride, Loke menegaskan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak membenarka­n perniagaan tersebut dijalankan di negara dan akan mengambil tindakan undang- undang sekiranya masih ada pihak yang menjalanka­n perkhidmat­an berkenaan.

“Kita telah membuat keputusan di Parlimen, Dego Ride tidak akan dibenarkan atas faktor keselamata­n memandangk­an kes kemalangan yang tinggi membabitka­n motosikal,” katanya. — Bernama

Namun setakat ini hanya 70,853 bilangan kenderaan atau kira-kira 17 peratus telah dihantar ke bengkel syarikat pengeluar dan selesai urusan penukaran beg udara. Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkut­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia