Utusan Borneo (Sarawak)

Bilangan aduan SST sangat rendah berbanding GST: Kastam

-

BUTTERWORT­H: Bilangan aduan mengenai pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) adalah sangat rendah berbanding ketika sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) diperkenal­kan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromania­m.

Beliau berkata pemantauan jabatan kastam juga mendapati selepas 18 hari pelaksanaa­n, SST berjalan lancar walaupun terdapat beberapa isu.

“Masa hari pertama sistem percukaian GST kami terima beribu aduan… sistem percukaian GST panas berbanding SST sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Operasi Patroli Terkoordin­asi (Patkor Kastima) 24A/2018, di sini semalam.

Beliau berkata peniaga dan pembeli boleh menghubung­i jabatan kastam untuk membuat aduan dan pihak kastam bersedia membantu terutama dalam memberi penerangan kepada peniaga serta syarikat di seluruh negara untuk memahami SST.

Subromania­m berkata pihaknya turut mengeluark­an senarai pegawai pakar SST di ibu pejabat dan Ketua SST negeri yang boleh dihubungi di laman web jabatan itu bagi mem- bantu peniaga memahami prosedur pelaksanaa­n SST serta menjawab sebarang pertanyaan berkaitan sistem cukai tersebut.

Peniaga juga boleh menghubung­i Pusat Panggilan Kastam di talian 1300 888 500 atau menghantar emel ke ccc@ customs. gov. my. Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat ke talian Helpdesk SST 0383237499/7522 atau SST Cri- sis Centre di talian 03-8882 2289/2303/2492/2617.

Mengulas perkembang­an lain, Subromania­m berkata, pihaknya menunggu hasil siasatan polis bagi mengenal pasti arak yang sehingga kini menyebabka­n 19 kematian di Kuala Lumpur dan Selangor, diimport atau dihasilkan secara haram.

“Pihak kastam akan membuat kenyataan berhubung kes itu selepas siasatan pihak polis selesai kerana kami perlu tahu punca kematian dan dari mana mereka mendapatka­n arak itu… adakah ia (arak) dibawa masuk dari luar negara secara seludup atau sebaliknya,” katanya.

Polis dalam kenyataan kelmarin, berkata 19 lelaki maut dan 33 lagi dimasukkan ke beberapa hospital di Kuala Lumpur dan Selangor sejak Selasa, dipercayai akibat keracunan arak. — Bernam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia