Utusan Borneo (Sarawak)

KKM siasat kandungan lain dalam minuman keras yang akibatkan 19 maut

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Kesihatan sedang menjalanka­n siasatan terperinci untuk mengenal pasti kandungan lain selain metanol dalam minuman keras yang mengakibat­kan 19 orang maut sehingga kini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, siasatan pihaknya kini lebih menjurus kepada menyiasat tahap kandungan metanol dalam minuman alkohol itu di mana sampelnya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK) untuk ujian analisis.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkina­n kandungan metanol dalam minu- man itu adalah tinggi, namun ia hanya boleh disahkan selepas selesai ujian analisis tersebut.

“Kita kena buat siasatan selanjutny­a...Walaupun ada brand (jenama), kita kena siasat kandungan metanol dalam jenama minuman alkohol tersebut.

“Sekarang kita kena pastikan kandungan apa dalam minuman alkohol yang membawa maut. Salah satu kandungan dikenal pasti adalah metanol,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidanga­n ‘Western Pacific Cataract Surgical Outcome Conference’ di Hospital Shah Alam di sini semalam.

Kementeria­n Kesihatan kelmarin mengesahka­n 19 mangsa disyaki maut akibat keracunan metanol setakat jam 5 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol, masing-masing 45 kes di Selangor dan enam kes di Kuala Lumpur, dengan tiga mangsa terdiri daripada rakyat tempatan dan 48 mangsa dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.

Katanya, selain 19 kematian yang dicatat, 14 pesakit kini dalam keadaan kritikal, sembilan pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemerhatia­n, manakala sembilan individu dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan.

Beliau turut menasihatk­an masyarakat agar menjauhi daripada mengambil se- barang minuman beralkohol yang mungkin mengandung­i metanol yang mendatangk­an masalah kesihatan dengan tanda-tanda dan gejala seperti sesak nafas, sakit perut, loya atau muntah, cirit-birit, pening atau sakit kepala teruk, kabur penglihata­n dan kekejangan serta boleh mengakibat­kan maut.

Dr Noor Hisham ber- kata pihaknya baru menerima spesimen dari kes keracunan metanol itu dan akan mengeluark­an kenyataan rasmi dalam masa dua hari selepas selesai siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia