Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Azizah perkenan rendang betawi dikomersia­l jabatan penjara

-

BENTONG: Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h semalam, memberi perkenan jika resepi rendang betawi daripada buku masakan yang dihasilkan baginda, ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’, hendak dikomersia­lkan Jabatan Penjara Malaysia.

Baginda bertitah pes rendang itu boleh dipelbagai­kan sama ada dalam masakan Melayu atau barat seperti pasta, piza, burger dan stew.

“Pes ini boleh dijual kalau ( jabatan) penjara hendak kerana daripada satu resepi, kita boleh buat pelbagai jenis masakan.

“Saya cadangkan untuk bawa cef untuk memasak resepi ini bersama banduan di penjara supaya mereka boleh mendapat idea masakan yang sesuai.

“Hasil jualan boleh diberikan kepada banduan yang terlibat seperti yang dilakukan dalam produk kain tenun Pahang di penjara,” titah baginda selepas merasmikan Program One Touch Wanita, Masakan Kasih Sayang dan Perniagaan di Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong di sini, semalam.

Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wan- ita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) Bentong, Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) Bentong dan Resort World Genting itu bertujuan memberi pendedahan makanan sihat, pengurusan majlis formal dan penjanaan pendapatan menerusi industri masakan.

Pada program itu, seramai 150 peserta berpeluang melihat demonstras­i 10 jenis masakan barat berasaskan pes rendang Pahang oleh Chef Eksekutif Resort World Genting Malaysia Berhad Alex Vitalise.

Sementara itu, Vitalise mengakui teruja apabila 10 jenis hidangan makanan yang dihasilkan berasaskan pes rendang itu berjaya menambat hati Tunku Azizah yang sememangny­a terkenal dengan kemahiran dan minat mendalam terhadap bidang masakan.

Katanya, pes rendang itu diberikan sedikit modifikasi supaya bersesuaia­n dengan kehendak antarabang­sa.

“Saya berasa sangat bangga apabila diberikan maklum balas positif daripada Tengku Puan Pahang,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia