Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai boleh melihat pengisytih­aran di portal SPRM mulai 1 Okt

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) akan memaparkan pengisytih­aran harta anggota kabinet dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan ( PH) di portal suruhanjay­a itu bermula 1 Okt ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata ini seiring arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat PH bersikap telus dan bebas rasuah.

“Usaha memaparkan pengisytih­aran harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,” katanya selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio untuk memperkena­lkan rancangan bual bicara SPRM 360, di sini semalam.

Menurutnya kesemua anggota kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytih­aran itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik di portal suruhanjay­a.

Mengulas lanjut, Shamsun Baharin berkata setakat ini pihaknya belum menerima senarai penuh pengisytih­aran berkenaan.

Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Okt nanti kita akan lihat siapa yang sudah melaksanak­an pengisytih­aran

itu. ” harta Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM

Katanya, SPRM dimaklumka­n kesemua anggota pentadbira­n dan mereka yang berkenaan harus mengisytih­arkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.

“Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Okt nanti kita akan lihat siapa yang sudah melaksanak­an pengisytih­aran harta itu,” katanya.

Mengulas rancangan bual bicara SPRM 360, beliau berkata program akan bersiaran bermula 22 Sept ini di Bernama Radio.

“Rancangan 13 episod ini akan bersiaran pada setiap Sabtu dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dengan setiap minggu menampilka­n pengurusan tertinggi SPRM sebagai tetamu untuk bercakap berhubung isu pencegahan rasuah,” katanya.

Beliau berkata, program SPRM 360 itu juga akan menjadi platform suruhanjay­a dan media khususnya Bernama dalam menyebar luas mesej berkaitan pencegahan rasuah.

“Walaupun terdapat SPRM My Anti-Corruption Channel (MACC.fm), capaiannya tidak meluas berbanding radio biasa. Sebab itu kita adakan kerjasama dengan Bernama sebagai usaha mendapatka­n lebih ramai pendengar.

“Ini kerana rasuah adalah isu nasional yang perlu kita dapatkan sokongan daripada semua pihak memandangk­an masyarakat sendiri yang sangat terkesan jika gejala rasuah dibiarkan berlarutan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Tunku Azizah (dua kiri) bersalaman dengan orang ramai pada Sambutan Hari Wanita Pahang 2018, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Tunku Azizah (dua kiri) bersalaman dengan orang ramai pada Sambutan Hari Wanita Pahang 2018, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia