Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet setuju had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun

-

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju untuk meminda Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, bagi mendapatka­n persetujua­n dua pertiga Dewan Rakyat untuk meluluskan pindaan tersebut, beliau akan bertemu dengan semua anggota parlimen dalam kalangan belia tanpa mengira parti politik untuk menubuhkan Kaukus Belia.

“Melaui Kaukus Belia, anggota parlimen muda setiap parti akan berbincang bukan sahaja usul undi 18 tetapi juga berkaitan isu anak muda lain kerana walaupun mereka di sebelah pembangkan­g, kita perlu dapatkan input mereka dalam hal ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pascakabin­et, di sini semalam.

Syed Saddiq berkata beliau juga akan menubuhkan sebuah jawatankua­sa yang dianggotai ketua-ketua pemuda semua parti politik di negara ini untuk membincang­kan usul tersebut.

“Kita perlukan sokongan daripada mereka dan saya agak yakin khususnya apabila mereka mewakili anak muda, undi 18 ini diidam-idamkan oleh anak-anak muda Malaysia sejak dahulu lagi,” katanya yang berharap perbezaan politik tidak akan menghalang mereka bersatu dalam usaha memperkasa anak muda di negara ini.

Ditanya sama ada usul pindaan itu akan dibentangk­an pada persidanga­n Dewan Rakyat akan datang, Syed Saddiq perkara tersebut memerlukan perbincang­an lanjut dengan semua pihak berkepenti­ngan terlebih dahulu.

Bagaimanap­un, beliau yakin had umur mengundi 18 tahun akan dapat dilak- sanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Saya telah mengadakan perbincang­an tidak rasmi dengan pemimpin pembangkan­g dan mereka juga bersetuju. Malah, kita lihat tindakan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) juga menurunkan umur keanggotaa­n UMNO daripada 18 kepada 16 tahun,” katanya.

Katanya, beliau juga sebelum ini bertemu dengan Suruhanjay­a Pilihan Raya dan Peguam Negara Tommy Thomas bagi mendapatka­n persetujua­n berhubung usul itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia