Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Azizah bertanding jawatan Presiden ACWW

-

KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden Associated Country Women Of The World (ACWW).

Pemilihan berkenaan akan berlangsun­g pada persidanga­n ACWW yang dijadualka­n pada April tahun depan di Melbourne, Australia.

Baginda menerima saingan dua calon dari Afrika Selatan yang turut akan bertanding pada pemilihan jawatan bagi tempoh tiga tahun itu.

Tunku Azizah bertitah, baginda menerima pencalonan itu daripada persatuan berkenaan yang meminta persetujua­nnya untuk bertanding untuk jawatan berkenaan.

“Pertubuhan berkenaan sebenarnya sudah dua kali mencalonka­n saya untuk jawatan itu sejak enam tahun lalu namun saya menolak kerana fikirkan komitmen yang perlu diberikan di seluruh dunia,” titah baginda.

Baginda bertitah demiki- an kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri, di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Tunku Azizah bertitah, selepas kali ketiga dicalonkan dan mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, selain mengambil kira beberapa faktor lain, baharulah baginda menerima pencalonan kali ini.

Untuk rekod ACWW adalah organisasi antarabang­sa yang berpangkal­an di United Kingdom bagi wanita luar bandar dan bandar, dengan keahlian sembilan juta di lebih 70 negara.

Sementara itu Tunku Azizah yang turut diumumkan sebagai penerima Ikon Wanita negeri Pahang sempena majlis itu bertitah, baginda bersedia untuk berkhidmat kepada wanita di seluruh dunia.

“Saya berterima kasih dengan sokongan yang diterima daripada semua pihak termasuk pertubuhan wanita, pandu puteri dan pemimpin di negeri ini yang membantu memberi merit kepada semua kerja keras yang dilakukan selama ini.

“Saya akan memberi perhatian kepada isu-isu serius dan kritikal membabitka­n golongan ini termasuk perdaganga­n wanita yang memerlukan perhatian dan pembelaan sewajarnya,” titah baginda.

Pada majlis itu, Tunku Azizah turut menyampaik­an anugerah Ikon Wanita Politik kepada bekas Pengerusi Koperasi Wanita Pahang Berhad Datuk Rahimah Mohd Kawi dan Anugerah Tokoh Wanita NGO kepada Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Pekan, Datuk Khatijah Ahmad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia