Utusan Borneo (Sarawak)

Keracunan alkohol: Tiga premis di Sungai Buloh ditutup

-

SUNGAI BULOH: Tiga premis yang menjual minuman keras di Kampung Baru Sungai Buloh diarah ditutup kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah selain disyaki menjual minuman keras tiruan.

Ng Sze Han, Exco Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam dan Pembanguna­n Kampung Baru, berkata semua premis itu dimiliki dan diusahakan oleh warga asing selain didirikan di tapak pertanian.

“Semua premis itu beroperasi sebagai kedai makan yang turut menjual minuman keras. Namun, kita masih belum dapat mengesan pemilik sebenarnya dan siasatan sedang dilakukan.

“Oleh itu, tindakan telah diambil untuk menutup premis berkenaan. Kita sangat memandang serius akan masalah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Susulan itu, Sze Han yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kinrara berkata pihaknya memutuskan untuk mengadakan satu mesyuarat khas dalam kadar segera dengan agensi lain seperti pejabat daerah, Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mesyuarat itu akan membincang­kan satu kaedah yang terbaik untuk menutup semua lopong-lopong yang masih ada. Kita masih boleh lihat ada lagi kedaikedai runcit atau restoran yang menjual minuman keras secara tidak sah atau tiruan ini.

“Biasanya, minuman keras ini akan dibungkus dalam beg plastik atau dimasukkan ke dalam botol asli bagi mengeliruk­an pembeli dan penguatkua­sa,” katanya.

Setakat ini KKM mengesahka­n 19 mangsa maut, 14 dalam keadaan kritikal, sembilan pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemerhatia­n akibat keracunan metanol dalam minuman keras di Selangor dan Kuala Lumpur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Ng mewakili Kerajaan Negeri Selangor bersama Supt Somu melawat premis berkaitan arak yang telah mengorbank­an hampir 19 orang di kawasan Sungai Buloh, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Ng mewakili Kerajaan Negeri Selangor bersama Supt Somu melawat premis berkaitan arak yang telah mengorbank­an hampir 19 orang di kawasan Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia