Utusan Borneo (Sarawak)

Soal survival UMNO setelah Tok Pa dan Anifah keluar Krisis yang sedang berlaku memberi ruang kepada pihak lawan untuk melemahkan UMNO, sekali gus ‘menguburka­n’ parti

-

KUALA LUMPUR: Tidak sampai 24 jam, dua pemimpin utama UMNO iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman bertindak keluar parti, sekali gus menimbulka­n persoalan terhadap survival parti itu.

Ini ditambah pula dengan tersebarny­a satu senarai mengandung­i nama pemimpin UMNO lagi yang kononnya akan meninggalk­an parti itu yang tumbang pada pilihan raya umum lalu selepas lebih enam dekad berada di tampuk pemerintah­an negara.

Desas-desus kemungkina­n ramai lagi pemimpin UMNO yang akan ‘angkat kaki’ turut mendapat perhatian penganalis­is politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamuruga­n Pandian.

“Mungkin pemimpinpe­mimpin ini berasa hala tuju parti kini tidak seiring dengan perjuangan asal mereka dan memilih untuk keluar parti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akan ada suara-suara permintaan daripada pemimpin-pemimpin yang masih tinggal untuk UMNO mengubah hala tuju, mengubah corak kepimpinan, membuang pemimpin-pemimpin yang tidak lagi relevan.

Katanya, beliau menjangkak­an akan ada satu ‘ senarai panjang’ pemimpin dan anggota UMNO yang akan keluar parti, mengikut jejak langkah Mustapa dan Anifah selepas ini.

Sivamuruga­n berkata, keadaan itu menggambar­kan krisis dalaman UMNO yang mungkin disebabkan oleh faktor hala tuju parti berkenaan pada masa ini termasuk dilihat seolah- olah gagal merejuvena­si parti berusia 72 tahun itu dalam usaha meraih kembali sokongan orang ramai.

Sebelum ini, tiga Ahli Parlimen dari UMNO juga telah meninggalk­an parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) Mei lalu iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Syed Abu Hus- sin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia berkata Perhimpuna­n Agung UMNO akhir bulan ini menjadi amat signifikan kerana ia bakal menentukan ‘survival’ parti itu.

“Akan ada suara-suara permintaan daripada pemimpinpe­mimpin yang masih tinggal untuk UMNO mengubah hala tuju, mengubah corak kepimpinan, membuang pemimpin-pemimpin yang tidak lagi relevan,” katanya menambah jika ia tidak dilakukan, lebih ramai anggota parti akan beralih arah kepada parti politik yang lain.

Beliau menjangkak­an penglibata­n bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan dipersoal ahli akar umbi kerana sering mem- buat kenyataan- kenyataan yang memberi kesan kepada UMNO walaupun tidak lagi berada dalam saf kepimpinan.

Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabang­sa pula melihat peletakan jawatan Mustapa dan Anifah sebagai manifestas­i ketidakyak­inan perubahan dalam parti yang dijanjikan oleh presiden UMNO.

“Tok Pa keluar UMNO kerana tidak percaya parti itu boleh dipulihkan semula sementara Anifah pula kerana janji untuk meletakkan jawatan sekiranya UMNO dan BN gagal menunaikan janji berhubung Perjanjian Malaysia 1963.

“Tapi itu alasan rasmi, sebab-sebab lain yang dirancang tidak pasti namun pengundura­n dua orang yang juga bekas menteri kanan dikira boleh menggoyang­kan parti orang Melayu itu,” katanya.

Katanya, krisis yang sedang berlaku itu memberi ruang kepada pihak lawan untuk melemahkan UMNO, sekali gus ‘ menguburka­n’ parti itu.

Faktor politik wang dan slogan ‘ cash is king’ juga dilihat sudah sebati dengan UMNO sehingga sekarang dan memberi kesan terhadap perkhidmat­an wakil rakyat parti itu kepada rakyat di kawasan masingmasi­ng.

“Saya ada bercakap dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyatakan orang ramai masih meminta sumbangan wang walaupun mereka bukan lagi kerajaan yang memerintah kerana ‘cash is king’ telah menjadi satu budaya dan pendekatan selama ini,” kata Ahmad Marthada.

Soal kerjasama UMNOPAS juga akan mendapat perhatian perhimpuna­n agung itu dalam menentukan hala tuju pakatan parti-parti pembangkan­g itu. — Bernama

Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabang­sa UUM

 ??  ?? MUSTAPA
MUSTAPA
 ??  ?? ANIFAH
ANIFAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia