Utusan Borneo (Sarawak)

Tinggalkan parti ketika sedang diuji bukan sikap terpuji: Zahid

-

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang kesal dengan beberapa pemimpin parti yang meninggalk­an parti ketika sedang diuji menyifatka­n tindakan berkenaan bukanlah sikap terpuji dan yang boleh diteladani.

Beliau berkata anggota parti itu perlu ikhlas dan memiliki daya juang yang tinggi dalam memastikan kesinambun­gan perjuangan parti.

“Meninggalk­an UMNO ketika parti sedang diuji, bukanlah sikap terpuji dan boleh diteladani. Islam mendidik kita agar taat selagi mana kita tidak menyalahi apa yang dikehendak­i oleh syarak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan dua Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli, yang mengumumka­n keluar dari parti itu kelmarin, serta Datuk Seri Anifah Aman yang juga Ahli Parlimen Kimanis, turut mengumumka­n keluar daripada parti itu pagi semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, walau apapun alasannya, tindakan tersebut sangat tidak wajar dilakukan apatah lagi mereka itu dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaa­n yang UMNO berikan.

“Meletakkan alasan kelemahan parti kerana agenda peribadi sesuatu yang tidak wajar dilakukan,” jelasnya.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 berakhir, katanya, UMNO juga telah melakukan pelbagai usaha untuk mengukuhka­n kembali keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti itu, sekaligus melakukan usaha agar UMNO dapat bangkit semula menjadi parti yang kuat di negara ini. — Bernama KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man semalam menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar UMNO.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu menegaskan beliau akan terus kekal dalam UMNO dan menerajui pentadbira­n kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional di Perlis.

“Jika ada khabar angin mengatakan saya akan keluar UMNO itu adalah tuduhan liar dan salah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada mangsa ribut di Taman Kemajuan di sini, semalam.

Mengulas tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mengisytih­arkan keluar parti, Azlan berkata pendirian mereka harus dihormati dan yakin kedua-dua tokoh itu mem- punyai alasan serta pertimbang­an sendiri untuk berbuat demikian.

“Masih ramai lagi kekal dalam parti dan melihat bahawa UMNO merupakan satu wadah dan saya percaya kita boleh kukuhkan kembali UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Mungkin ada faktor tertentu yang mendorong mereka mengambil keputusan untuk keluar parti,” katanya

Sementara itu, bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menegaskan tiada keperluan untuk beliau keluar parti, namun tidak menafikan kemungkina­n akan ada lebih ramai ahli parlimen akan meninggalk­an parti itu.

“Saya mengucapka­n selamat maju jaya kepada mereka yang keluar parti. Nak keluar tu keluar sahaja la tak perlu komen pasal UMNO.

“Lebih baik lepas keluar, berhenti sekali jadi Ahli Parlimen kerana rakyat memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada waktu anda menang,” kata Ahli Parlimen Arau itu.

Sementara itu di SEREMBAN, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Jalaluddin Alias semalam menafikan desas-desus kononnya beliau akan keluar daripada parti seperti mana yang tersebar dalam media sosial.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, beliau tidak pernah merancang, bercadang, berhasrat atau memikirkan mengenai tindakan sedemikian dan masih tetap bersama UMNO.

“Sebagai seorang pemimpin yang lahir dan melalui perjuangan dalam kilang UMNO serta memenangi kerusi Parlimen Jelebu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket Barisan Nasional (BN) dan UMNO, maka saya tidak akan sekalikali meninggalk­an parti keramat UMNO.

“Saya akan tetap dengan pejuangan dan mandat UMNO dan BN yang diberikan oleh para pengundi dalam Parlimen Jelebu serta tidak akan menghampak­an harapan dan mengkhiana­ti kepercayaa­n diberi oleh rakyat kepada UMNO dan BN melalui saya di kawasan parlimen ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata demikian sebagai reaksi kepada tular mesej di media sosial berkenaan 17 Ahli Parlimen daripada UMNO termasuk dirinya akan meninggalk­an parti.

“Saya berharap anggota UMNO di seluruh negara bertenang dan tidak terpengaru­h dengan berita-berita palsu yang tersebar di media sosial,” katanya. — Bernama

 ??  ?? AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia