Utusan Borneo (Sarawak)

Peletakan jawatan dua pemimpin UMNO atas keikhlasan: Mahfuz

-

POKOK SENA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatka­n pengumuman keluar parti dan peletakan jawatan dua pemimpin tertinggi UMNO dalam parti itu kelmarin dan semalam bukan atas kepentinga­n peribadi, sebaliknya atas kejujuran dan keihlasan mereka yang melihat UMNO sudah tidak lagi relevan.

Naib Presidenny­a Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman itu jelas menunjukka­n UMNO berdepan dengan krisis dalaman parti yang parah.

“Saya fikir mereka tak ada kepentinga­n, kalau kata ada kepentinga­n kita lihat jawatan dalam kabinet saya fikir sudah penuh dan tak mungkin akan ada pertambaha­n jawatan kabinet kerana itu akan membebanka­n perbelanja­an negara kita.

“Jadi saya fikir mereka ini secara jujur ikhlas melihat bahawa UMNO sudah lagi tidak relevan kerana sudah bekerjasam­a dengan PAS,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA 2018 peringkat daerah Pokok Sena dan Padang Terap di sini, semalam.

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia juga berasa ‘janggal’ dengan pimpinan PAS pada hari ini yang bekerjasam­a dengan UMNO dan berharap ada anggota PAS meninggalk­an parti itu selepas ini.

“Sebelum itu pimpinan PAS sendiri termasuk presiden dan timbalan presiden kata tak mungkin PAS akan menanggung ‘biawak hidup’ tapi saya tak tau lah biawak apa yang mereka tanggung sekarang ni, dan saya juga sedih dengan kawan-kawan saya dan saya fikir mereka juga harus bertindak meninggalk­an PAS seperti mana pemimpin UMNO meninggalk­an parti mereka,” katanya.

Kelmarin, Mustapa yang juga bekas menteri Perda- gangan Antarabang­sa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli mengumumka­n keluar UMNO dan disusuli bekas Menteri Luar, Anifah yang mengumumka­n peletakan pelbagai jawatannya serta keluar dari parti itu.

Keputusan itu dibuat Mustapa selepas merasakan hala tuju UMNO pada masa ini tidak selari dengan prinsip politik yang menjadi peganganny­a selama ini, manakala Anifah pula kerana tidak dapat menunaikan janji- janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuan­gkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika dalam BN dan UMNO. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Mahfuz (depan, empat kiri) bergambar bersama pelajar pada Majlis Perasmian Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Mahfuz (depan, empat kiri) bergambar bersama pelajar pada Majlis Perasmian Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia