Utusan Borneo (Sarawak)

Hatrik Messi bantu Barca raih kemenangan pada aksi pembukaan Kumpulan B menentang PSV Eindhoven di Nou Camp

-

PARIS: Jaringan saat akhir Roberto Firmino memberikan kemenangan 3- 2 kepada Liverpool ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan yang rancak pada malam pembukaan bagi peringkat kumpulan Liga Juara- Juara UEFA kelmarin, selepas hatrik terbaharu Lionel Messi memberikan kemenangan permulaan kepada kempen Barcelona.

Gol lewat yang dramatik dijaringka­n di sekitar Eropah, termasuk dalam perlawanan Inter Milan menentang Tottenham Hotspur, dan beberapa pencabar utama memulakan kempen dengan kemenangan, termasuk Atletico Madrid yang bangkit untuk menewaskan Monaco.

Namun perlawanan kelab ‘heavyweigh­t’ pada malam itu berlangsun­g di Anfield, dan perlawanan Kumpulan C di antara finalis yang tewas pada musim lepas dengan PSG yang bercita-cita tinggi ternyata memenuhi jangkaan.

Permulaaan cemerlang Liverpool menyaksika­n mereka berada dua gol di hadapan selepas 36 minit, dengan Daniel Sturridge menjaringk­an gol pembukaan sebelum James Milner menyempurn­akan tendangan penalti.

Namun juara Perancis itu merapatkan jurang dengan satu gol sebelum waktu rehat menerusi Thomas Meunier - gol tersebut diterima walaupun Edinson Cavani dalam posisi ofsaid ketika gerakan dilancarka­n.

Dua pemain paling mahal di dunia kemudian bergabung untuk menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-83 yang kelihatan bakal memberikan keputusan seri kepada PSG,

Saya tidak dapat menyatakan perkara baik yang secukupnya mengenai Bobby. Untuk masuk sebagai pemain gantian selepas mengalami kecederaan pada hujung minggu lepas benar-benar menakjubka­n.” Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

dengan Neymar yang membantu Kylian Mbappe untuk menjaringk­an gol.

Bagaimanap­un dua pemain tersebut tidak bermain dengan baik, dan Mbappe melepaskan bola sejurus sebelum Firmino, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, menjaringk­an gol kemenangan pada minit kedua dalam masa kecederaan.

“Saya tidak dapat menyatakan perkara baik yang secukupnya mengenai B o b b y . Untuk masuk s e - bagai p e - main gant i a n s e - l e p a s m e n - galami kecederaan pada hujung m i n g g u lepas benarb e n a r menakjubka­n,” kata K l - o p p meng e n a i Firmino, yang dicucuk mata oleh Jan Vertonghen dalam kemenangan pada hujung minggu lepas di Spurs. PSG seterusnya menentang Red Star Belgrade, yang menandakan kepulangan mereka ke pertanding­an besar dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Napoli. UEFA memperkena­lkan beberapa sepak mula lebih awal dalam setiap pertengaha­n minggu Liga Juara-Juara pada musim ini, dan keadaan masih terang di Nou Camp ketika Barcelona melakukan sepak mula dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven dalam Kumpulan B. Messi sudah menjelaska­n keazamanny­a untuk mencapai kejayaan di Eropah pada musim ini dan pemain Argentina itu menjaringk­an gol pertama bagi peringkat kumpulan 2018-19 menerusi tendangan percuma yang cantik pada separuh masa pertama.

Barca menguasai perlawanan pada babak kedua, dengan Ousmane Dembele yang menjaringk­an gol cantik sebelum Messi menambah dua lagi jaringan untuk melengkapk­an hatrik kelapannya dalam Liga Juara-Juara, satu lebih banyak daripada Cristiano Ronaldo, bagi memastikan kemenangan 4-0.

“Biasanya jika anda menjaringk­an hatrik, anda membingkai­nya. Namun dia menjadikan perkara yang luar biasa sesuatu yang rutin,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde, yang menyaksika­n Samuel Umtiti dibuang dari padang pada hujung perlawanan.

Juara Sepanyol itu seterusnya rusnya akan pergi rgi ke London untuk menentang ng Tottenham Hotspur, yang g mengalami kekalahan kalahan 2-1 yang meninggalk­an kesan an di Inter Milan.

Selepas mereka tewas s d a l a m d u a p e r l a - w a n a n terakhir r dalam Liga Perdana Inggeris, Spurs berada di landasan bagi kemenangan yang dialu-alukan menerusi gol pembukaaan Christian Eriksen pada separuh masa kedua, yang masuk selepas terkena pemain lain. Namun rem rembatan lewat Mauro Icardi yang cantik menyam menyamakan keduduk kedudukan bagi tuan ru rumah, dan Matias Mat Vecino menanduk men masuk gol kemenangan dalam masa kecederke aan bagi Inter, yang berm bermain semula dalam Liga JuaraJ u a r a b u a t p e r - tama kali sejak 2011-12. “Ka-mi menderita sedikit tetapi itu bukan alasan,” kata pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino.

Selepas memenangi Liga Europa pada musim lepas, Atletico Madrid menyasari kegemilang­an dalam Liga Juara- Juara dengan perlawanan akhir yang akan dilangsung­kan di stadium mereka sendiri.

Mereka memulakan kempen dengan menewaskan Monaco 2-1 di stadium lawan dalam Kumpulan A, dengan Diego Costa dan Jose Maria Gimenez yang menjaringk­an gol masing-masing selepas Samuel Grandsir meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Dalam kumpulan yang sama, Christian Pulisic meraikan harijadiny­a yang ke-20 dengan bergaya apabila dia menjaringk­an gol lewat yang bernasib baik untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Borussia Dortmund di stadium Club Brugge. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? GOL KEMENANGAN: Firmino meraikan jaringanny­a pada lewat permainan ketika membantu Liverpool menewaskan PSG pada aksi Liga Juara Juara di Anfield, Liverpool kelmarin. GOL PEMBUKAAN:
— Gambar AFP — Gambar AFP GOL KEMENANGAN: Firmino meraikan jaringanny­a pada lewat permainan ketika membantu Liverpool menewaskan PSG pada aksi Liga Juara Juara di Anfield, Liverpool kelmarin. GOL PEMBUKAAN:
 ??  ?? Messi (dua kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol pertama Barca menerusi tendangan percuma.
Messi (dua kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol pertama Barca menerusi tendangan percuma.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia