Utusan Borneo (Sarawak)

Ramos mengkritik sikap Griezmann

-

MADRID: Sergio Ramos membuat kritikan yang pedas mengenai sikap Antoine Griezmann selepas penyerang Perancis itu berkata dia mengintai anugerah Ballon d’Or pada tahun ini dan dia setanding dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Dalam satu wawancara dengan AS pada Isnin lepas, Griezmann mengakui dia kecewa kerana tidak dicalonkan bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA dan mengenai hadiah Ballon d’Or, dia berkata: “Saya memilikiny­a di dalam kepala saya dan terdapat tiga bulan untuk memberikan segalanya.”

Ditanya sama ada dia menganggap diri dalam kelas yang sama dengan Ronaldo dan Messi, pemain Atletico Madrid itu berkata: “Ya, saya fikir begitu dan saya tahu pemain lain pasti akan datang juga.

“Berada di meja itu adalah visi saya tetapi saya juga tahu saya dapat bermain dengan lebih baik.”

Griezmann turut mengusik Ramos selepas Atletico menewaskan Real Madrid 4- 2 untuk memenangi Piala Super UEFA pada Ogos lalu.

Penyerang itu memaparkan gambar dalam media sosial yang menunjukka­n Ramos meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Apabila ditanya tentang kenyataan Griezmann kelmarin, Ramos berkata: “Kejahilan membuatkan anda rasa sangat berani.

“Apabila saya dengar budak ini bercakap, saya ingat pemain seperti (Francesco) Totti, Raul, (Gian- luigi) Buffon, (Iker) Casillas, (Paolo) Maldini, Xavi atau (Andres) Iniesta yang sudah memenangi segalanya tetapi bukan Ballon d’Or.

“Semua orang bebas untuk menyuaraka­n pendapat mereka tetapi saya fikir dia harus menerima nasihat (Diego) Simeone, (Diego) Godin atau Koke yang memiliki nilai-nilai yang telah banyak membantu mereka (Atletico Madrid).

“Namun saya selama ini menyatakan dia seorang pemain yang hebat dan saya mendoakan yang terbaik untuknya.”

Pasukan Julen Lopetegui, Real Madrid, memburu kejayaan keempat berturut-turut di Eropah tetapi mereka akan bermain tanpa Ronaldo, yang menjaringk­an 15 gol dalam pertanding­an pada tahun lepas dan menyertai Juventus pada musim panas lalu.

“Dia telah menentukan satu era di Madrid, memecah semua rekod tetapi dia sudah menjadi sejarah,”

kata Ramos.

“Kita tidak dapat asyik mengingati apa yang dia buat pada masa lalu. Lubang yang dia tinggalkan sangat besar tetapi ia sudah ditutupi pemain lain dengan cita- cita tinggi dan kami memiliki skuad yang hebat untuk bertanding.

“Kita sentiasa amat menyayangi pemain terkemuka tetapi apabila mereka tidak ada di sana, kita perlu meneruskan kehidupan. Kami mendoakan yang terbaik untuknya, selagi dia tidak bermain menentang kami.”

Gareth Bale dan Karim Benzema telah memulakan musim ini dengan mantap tanpa Ronaldo tetapi beberapa pemain, termasuk Messi, menyatakan Madrid tetap akan bermain dengan lebih hambar tanpa pemain Portugal itu.

“Saya menghormat­i pendapat semua orang,” kata Ramos. “Cris memberi banyak kepada kami dan membawa balik sangat sedikit. Dia bermain dengan sangat mudah, menjaringk­an banyak gol.

“Sekarang kami perlu menyesuaik­an diri dengan gaya lain, kami lebih menguasai bola dan cara lain untuk menyakitka­n pasukan lawan dan itulah apa yang kami perlu eksploitas­i.”

— AFP

 ??  ?? GRIEZMANN
GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia