Utusan Borneo (Sarawak)

Pato alami malam yang memalukan, Tianjin ‘tunduk’ dengan agregat 5-0

-

MACAU: Bintang Brazil Alexandre Pato mengalami malam yang memalukan apabila Tianjin Quanjian ditewaskan dengan agregat 5-0 oleh Kashima Antlers dari Jepun dalam satu perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia kelmarin.

Kashima, yang menang 2-0 di stadium sendiri pada pusingan pertama, menang mudah ke atas kelab Liga Super China itu untuk mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kali.

Pato, bekas penyerang AC Milan, melihat gol dengan jelas pada minit ke-3, tetapi dia merembat bola terus kepada penjaga gol pasukan pelawat Kwoun Sun-tae, dan Tianjin, kelab yang bermain buat julung kalinya dalam Liga Juara-Juara, menanggung akibatnya 10 minit kemudian.

Yasushi Endo melakukan tendangan sudut dan seorang lagi pemain dari Brazil yang tidak begitu dikenali, Serginho, meluru ke tiang dekat untuk menanduk bola ke dalam gawang tanpa dicabar.

Jaringan itu menjamin kemenangan bagi Kashima, yang bertungkus- lumus dalam Liga J dan gagal mara ke peringkat separuh akhir dalam pertanding­an kelab terkemuka di Asia dalam tujuh cubaan pada masa lalu.

Pato, 29, nyaris menjaringk­an gol sekali lagi pada pertengaha­n babak pertama apabila rembatanny­a yang pintar dari luar kotak penalti dikeluarka­n di atas garisan.

Namun sama seperti bagi gol pertama, Kashima melancarka­n serangan hampir serta-merta, dan Hiroki Abe menolak bola ke dalam sudut bawah.

Pasukan pelawat menyelamat­kan gol terbaik untuk gerakan terakhir apabila Shoma Doi merembat bola ke dalam sudut atas untuk kedudukan 3-0 pada malam itu, dan 5-0 pada keseluruha­nnya.

Keadaan sememangny­a tidak memihak kepada Tianjin dan jurulatih mereka dari Portugal, Paulo Sousa, dari mula lagi selepas perlawanan ditukarkan dari stadium mereka ke Macau - 2,000 kilometer dari sana - yang bermakna mereka kehilangan kelebihan bermain di tempat sendiri.

Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) dan kelab enggan menjelaska­n kenapa tetapi media China berkata ia mungkin disebabkan oleh satu acara Forum Ekonomi Dunia di Tianjin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia