Utusan Borneo (Sarawak)

SSA rayu sumbangan bangun atlet skuasy Bagi membolehka­n mereka menghantar pemain sertai pertanding­an dan juga pendedahan

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Presiden Persatuan Skuasy Sibu (SSA) Kan Wen Chess merayu sumbangan orang ramai bagi membolehka­n mereka menghantar pemain menyertai pertanding­an dan juga pendedahan.

Beliau berkata, hanya melalui penyertaan meluas dalam mana- mana pertanding­an, mereka boleh melahirkan pemain skuasy berkaliber yang mampu mencabar di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Pembiayaan sentiasa menjadi cabaran besar kepada kami. Diharapkan, ibu bapa dan penaja akan memberi sokongan kepada SSA ketika kami berusaha untuk memperbaik­i sukan di negeri ini,” ujarnya.

Kan berkata demikian pada majlis penutupan Kejohanan Sarawak CMS Sirkit Sibu di Gelanggang Skuasy Lau Swee Nguong, SMK Sacred Heart di sini kelmarin.

Lebih daripada 100 pemain dari Kuching, Kota Samarahan, Sibu dan Miri mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Beliau berkata, SSA bukan sahaja memerlukan dana untuk tujuan penganjura­n pertanding­an, malah untuk menampung kos penyelengg­araan gelanggang skuasy.

“Ahli-ahli jawatankua­sa sangat berterima kasih kepada Lau Swee Nguong kerana keprihatin­an beliau menyediaka­n gelanggang ini bagi memudahkan atlet skuasy berlatih dan bermain,” katanya.

Kan turut mengucapka­n terima kasih kepada semua pemain, terutama dari luar kerana mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Sementara itu, Chris Lau Hui Rong dari Sibu muncul juara kategori bawah 15 tahun lelaki , diikuti Harith Irfan Jefri dari Miri dan Tang Jia Yew (Sibu).

Tempat pertama bagi kategori bawah 15 tahun perempuan pula dimenangi Jovyn Lau Wen Yee diikuti oleh Wong Su Fei, masingmasi­ng dari Miri.

Bagi kategori bawah 13 tahun lelaki, Alston Lim dari Miri dinobatkan sebagai johan diikuti oleh rakan sepasukan Joseph Tang di tempat kedua dan Yung Shi Yuan dari Sibu di tempat ketiga.

Agatha Cheng dari Sibu pula memenangi tempat pertama kategori bawah 11 tahun perempuan diikuti oleh Lee Xin Yii dan Mandy Wong, kedua-duanya dari Miri di tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori terbuka Lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Kevin Kong diikuti Tang Sai Hang, Kelvin Lau, Victor Wong dan Felix Lau.

Antara yang hadir pada majlis penutup kejohanan ialah Penaung SSA Lau Swee Nguong, Naib Presiden Dr Lau Ngi Chuong dan Bendahari Dr Tan Sai Hang.

 ??  ?? TERBAIK: Pemenang kategori terbuka lelaki menunjukka­n sijil dan hadiah mereka selepas majlis penyampaia­n hadiah. Turut kelihatan (dari dua kiri) ialah Dr Lau dan Kan.
TERBAIK: Pemenang kategori terbuka lelaki menunjukka­n sijil dan hadiah mereka selepas majlis penyampaia­n hadiah. Turut kelihatan (dari dua kiri) ialah Dr Lau dan Kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia