Utusan Borneo (Sarawak)

Terjun sumbang satu pingat emas, dua gangsa

-

IPOH: Acara terjun Sukan Malaysia XIX (SUKMA XIX) Perak 2018 di Pusat Akuatik Tuanku Zara semalam menyaksika­n atlet Sarawak berjaya menyumbang satu pingat emas dan dua gangsa dalam dua kategori.

Acara platform wanita menyaksika­n Kimberly Bong Qian Ping dan Eilisha Rania Abrial Rajagopal masing-masing menghadiah­kan pingat emas dan gangsa.

Kimberly Bong berjaya meraih 263.35 mata mengatasi atlet Selangor, Koh Hui Yan dengan 236.55 mata selaku pemenang pingat perak dan Eilisha Rania Abrial sekadar mampu mengumpul 227.70 mata.

Sementara itu, satu lagi pingat gangsa berjaya diperolehi menerusi acara tiga meter papan anjal seirama lelaki oleh gandingan Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney Harold dengan mengumpul 307.50 mata.

Pingat emas acara tersebut dimenangi penerjun dari Sabah, Gabriel Gilbert Daimn dan Jellson Jabillin dengan 377.10 mata, manakala pingat perak dimiliki penerjun dari Selangor, Ikhlas Ahmad Sharol Lail dan Muhammad Syahmi Mohd. Rezal dengan 307.62 mata.

Dalam perkembang­an lain, acara taekwondo semalam menyaksika­n sebanyak tiga pingat perak diperolehi menerusi tiga kategori.

Tan Yen Ming tewas 8-14 di tangan atlet Wilayah Persekutua­n, Muhammad Arif Zakwan Mohd Zaki selaku pemenang pingat emas kategori 87kg lelaki.

Manakala, pingat perak kedua dari acara taekwondo diperolehi menerusi Licky Donny Ling yang tewas tipis 14-15 kepada Joshua Amirul Abdullah dari Perlis. — Bernama

 ??  ?? MANTAP: Serian ProjectTea­m berikrar meneruskan momentum kemenangan pada Ahad ini.
MANTAP: Serian ProjectTea­m berikrar meneruskan momentum kemenangan pada Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia