Utusan Borneo (Sarawak)

Sungai Mujok

-

BAHANG mentari ntari pagi menyengat kulit semasa kami menanti di Pangkalan Entabai untuk menuju ke Rumah Panjang Anthony Bau, yang terletak di hulu Sungai Mujok di Julau.

Saya dan beberapa rakan media, yang turut menyertai Misi Klinik Bergerak anjuran UMW Corporatio­n Sdn Bhd (UMW) dengan kerjasama Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), menyangka akan menaiki bot berbumbung ke rumah itu di Nanga Sugai, Rantau Tapang, Mujok, yang memakan masa kirakira lima jam perjalanan.

Namun, yang muncul adalah sampan panjang berukuran 9.75 meter dilengkapi enjin 15 kuasa kuda, yang hanya boleh memuatkan lima orang sahaja.

Hati berdetik bimbang apabila melihat sampan sebesar itu tetapi sebaik sahaja menaikinya dan semasa menyusuri Sungai Mujok, saya mula terpesona menyaksika­n keindahan belantara tebal di sepanjang sungai itu sambil diiringi nyanyian unggas.

Tetapi, rasa damai dan tenang itu tiba-tiba bertukar panik apabila perahu panjang itu tersekat di celah batubatu kawasan berjeram menyebabka­n perjalanan kami yang baru setengah jam itu terhenti seketika. KUDRAT WANITA

Dalam keadaan agak cemas itu, saya tergamam apabila melihat wanita yang duduk di bahagian depan sampan itu, Ako Pio, 58, tibatiba turun dan cuba menolak kenderaan itu bersama-sama suaminya, Magi Mango, 80.

Lelaki muda yang duduk di bahagian belakang pula berhempas pulas mengendali­kan sampan dengan membelok ke kiri atau kanan mahupun mengangkat bilah kipas enjin bagi mengeluark­an sampan daripada batu-batu itu.

Saya tertanya-tanya mengapa Ako yang terpaksa menolak sampan itu sedangkan ia tugas sukar dan mengapa beliau tidak hanya menjaga enjin sampan. Dari mana datangnya kudrat wanita warga emas itu?

Semasa saya dan seorang rakan media mahu membantuny­a menolak sampan berkenaan, Ako menghalang dan berkata: “Jangan turun, bahaya! Kamu tidak tahu keadaan di bawah air sungai ini. Ada batu tajam, licin, boleh jatuh dan cedera.”

Ako kemudian menerangka­n bahawa beliau dan suami amat memahami keadaan air Sungai Mujok dan ada sebabnya mengapa lelaki yang menjaga enjin.

“Enjin sampan berat dan kami (wanita) tidak mampu mengangkat­nya, lagi-lagi kalau enjin 30 kuasa kuda.

“Nampak senang jaga enjin tetapi ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kena pandai kemudi, ada masa perlu angkat kipasnya bila lalu kawasan jeram berbatu atau elak tunggul kayu,” katanya.

Ako berkata, wanita Sungai Mujok membesar dengan pengangkut­an tradisiona­l itu dan mereka cekap mengendali­kan sampan termasuk caracara menolak sampan.

“Jangan letak jari di tepi perahu bukan sebab buaya tetapi takut tercedera batu berjeram,” katanya.

Sepanjang perjalanan kami itu, banyak kali jugalah Ako perlu turun dan menolak sampan itu apabila tiba di kawasan cetek atau jeram yang berbatu.

Daripada 19 sampan yang membawa kami ke rumah Anthony Bau, hampir separuh daripadany­a diiringi wanita yang bertanggun­gjawab sebagai pembantu sampan dan kebiasaann­ya, mereka mengendali­kan sampan itu bersama-sama suami. JINAKKAN SUNGAI MUJOK “Perjalanan kita bergantung kepada paras sungai. Nasib baik, semalam hujan selepas sebulan kemarau. Jadi, paras sungai tidaklah cetek dan boleh diredah dengan

sampan. Jika paras sungai cetek, lambatlah perjalanan kita.

“Pernah ada perjalanan sampai 10 jam dan terpaksa bermalam di tebing sungai sebab perlu ‘berbatak’ (menolak) sampan sebab paras sungai terlalu cetek akibat kemarau,” kata Ako.

Biasanya, pembantu sampan di bahagian depan berperanan sebagai pengemudi dengan mengarahka­n pemandu sampan di belakang untuk membelok ke kiri dan ke kanan, memberhent­ikan enjin mahupun mengelak bahaya ada kalanya, pemandu sampan tidak nampak apa yang ada di depannya.

Bagi masyarakat Sungai Mujok, sampan adalah pengangkut­an utama kerana tiadanya akses jalan raya yang menghubung­kannya dengan bandar berdekatan iaitu Sibu atau Sarikei.

Untuk ke Sibu, biasanya penduduk perlu menyusuri Sungai Mujok sehingga ke Pangkalan Entabai sebelum beralih kepada pengangkut­an darat.

Walaupun tiadanya ancaman ‘sang bedal’, namun menyusuri Sungai Mujok atau Batang Mujok tidak boleh diambil mudah kerana pengemudi perlu menguasai kemahiran membaca keadaan arus sungai.

Kesilapan percaturan boleh mengundang maut, kata pembantu pengemudi bot Anchang Bandar, 30.

Pernah berhadapan situasi perahu dinaiki karam dan hampir lemas, Anchang berkata amat penting bagi seorang pemandu mahupun pembantu sampan tidak boleh alpa walau sedikit pun dan perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Selain terdedah kepada risiko mati lemas, perkara buruk seperti bilah kipas enjin terkena batu atau sampan rosak terlanggar tunggul kayu boleh berlaku apabila tidak peka.

“Ini sedikit sebanyak menjejaska­n pendapatan sebagai pemandu dan pembantu sampan sekitar Nanga Entabai.

“Kawasan jeram berbatu dengan arus yang sangat kuat menjadikan laluan di beberapa sungai ini berbahaya dan bukan mudah dilalui.

“Tempat paling bahaya di sepanjang sungai ini adalah kawasan jeram dekat Rumah Panjang Gerasi Anak Kapi. Sudah banyak sampan yang karam di situ kerana arus sungai yang sangat kuat serta adanya batu-batu besar yang menyempitk­an laluan sampan,” katanya.

Selain bijak menjinakka­n Sungai Mujok, pemandu dan pembantu sampan perlu mempunyai ‘ilmu’ sungai, memiliki daya penglihata­n yang tajam, bersikap tenang dalam apa jua keadaan termasuk sentiasa bersedia berdepan cuaca buruk. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? NADI UTAMA: Pelbagai sampan panjang berwarna-warni dari pandangan udara sedang berlabuh di pinggir Sungai Mujok. Sampan panjang berukuran 9.75 meter dilengkapi enjin 15 kuasa kuda yang dinaiki sukarelawa­n, pegawai perubatan dan pengamal media yang menyertai Misi Klinik Bergerak anjuran UMW Corporatio­n Sdn Bhd (UMW) dengan kerjasama Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).
— Gambar Bernama NADI UTAMA: Pelbagai sampan panjang berwarna-warni dari pandangan udara sedang berlabuh di pinggir Sungai Mujok. Sampan panjang berukuran 9.75 meter dilengkapi enjin 15 kuasa kuda yang dinaiki sukarelawa­n, pegawai perubatan dan pengamal media yang menyertai Misi Klinik Bergerak anjuran UMW Corporatio­n Sdn Bhd (UMW) dengan kerjasama Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).
 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH: Anchang Anak Bandar, 30, mengemudi sampan panjang dalam perjalanan ke rumah panjang di Nanga Sugai, Rantau Tapang, Mujok, yang memakan masa kira- kira lima jam perjalanan.
— Gambar Bernama MUDAH: Anchang Anak Bandar, 30, mengemudi sampan panjang dalam perjalanan ke rumah panjang di Nanga Sugai, Rantau Tapang, Mujok, yang memakan masa kira- kira lima jam perjalanan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANCHANG
ANCHANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia