Utusan Borneo (Sarawak)

Tatkala angka kematian di Filipina cecah 81, kebanyakan­nya mangsa tanah runtuh

-

MANILA: Angka kematian di Filipina akibat Taufan Mangkhut telah meningkat kepada 81 orang dan akan mencecah hingga tiga digit ketika anggota pencari menggali melalui tanah runtuh di mana beberapa orang dianggap terbunuh, kata pihak berkuasa semalam.

Mangkhut telah membadai ladang- ladang di kawasan pertanian utara negara dan memusnahka­n beberapa rumah ketika ia bergerak melaluinya pada hujung minggu dengan angin kuat dan hujan lebat.

Sejak itu angka tersebut meningkat kebanyakan­nya berpunca daripada mayatmayat yang ditemui akibat tanah runtuh besar di pekan perlombong­an Itogon di mana beberapa orang dipercayai tertimbus di bawah lumpur.

“Daripada senarai tersebut saya melihat 59 orang masih hilang (di Itogon),” Ricardo Jalad, ketua pertahanan awam, memberitah­u AFP.

“Sekiranya kamu menambah itu kepada mayat yang telah ditemui ia tidak mustahil angka itu akan mencecah 100.”

Taufan, yang paling kuat melanda pada tahun ini, turut menyerang Hong Kong serta mengorbank­an empat orang di wilayah Guangdong di selatan China.

Anggota pencari di Itogon meneruskan usaha mereka semalam, menggali dengan menggunaka­n penyodok dan tangan kosong mereka dalam lumpur tebal yang memusnahka­n rumah-rumah digunakan oleh pelombong berskala kecil.

Kawasan tersebut terdedah kepada bencana sebelum serangan Mangkhut, ketika ia berdepan dengan hujan monsun berterusan selama hampir sebulan yang membasahka­n tanah di kawasan yang sudahpun berbahaya.

Daripada beratus orang yang menggali tanah, ramai adalah pelombong yang sedang mencari teman-teman dan ahli keluarga, bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka menerima pengebumia­n yang sepatutnya.

Ribut paling berbahaya di Filipina dalam rekod adalah Taufan Haiyan, yang menyebabka­n lebih 7,350 terbunuh atau hilang di sekitar tengah Filipina pada November 2013. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LALUAN BERBAHAYA: Penduduk membawa sebuah motosikal ketika mereka berjalan di sebatang jalan yang dihakis oleh tanah runtuh akibat Taufan Mangkhut di sebuah kem perlombong­an kecil-kecilan di Itogon, Benguet, di Filipina, semalam.
— Gambar Reuters LALUAN BERBAHAYA: Penduduk membawa sebuah motosikal ketika mereka berjalan di sebatang jalan yang dihakis oleh tanah runtuh akibat Taufan Mangkhut di sebuah kem perlombong­an kecil-kecilan di Itogon, Benguet, di Filipina, semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? KOSONG: Para-para kosong, biasanya dipenuhi produk strawberi, kelihatan di sebuah Pasar Raya Coles di Brisbane, Australia, pada 14 September lalu.
— Gambar Reuters KOSONG: Para-para kosong, biasanya dipenuhi produk strawberi, kelihatan di sebuah Pasar Raya Coles di Brisbane, Australia, pada 14 September lalu.
 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA PARAH: Seorang mangsa yang cedera dibawa dengan usungan selepas satu kemalangan di hotel Ritz di Madrid kelmarin.
— Gambar AFP CEDERA PARAH: Seorang mangsa yang cedera dibawa dengan usungan selepas satu kemalangan di hotel Ritz di Madrid kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia