Utusan Borneo (Sarawak)

Calon Nobel Perancis dibicara atas tuduhan merogol

-

STOCKHOLM: Lelaki yang menjadi tumpuan dalam satu skandal serangan seksual yang mendorong Akademi Sweden untuk menangguhk­an Hadiah Kesusaster­aan Nobel pada tahun ini menghadapi perbicaraa­n semalam atas dua tuduhan merogol yang timbul sewaktu kempen #MeToo.

Jean-Claude Arnault dari Perancis merupakan tokoh yang berpengaru­h dalam dunia budaya di Stockholm selama berdekad- dekad, sehingga tuduhan serangan seksual yang mengejutka­n terhadap taikun Hollywood, Harvey Weinstein, mencetuska­n gelombang tuduhan yang sama di seluruh dunia.

Arnault, yang mendirikan rumah tangga dengan Katarina Frostenson, seorang anggota Akademi Sweden yang memilih penerima kesusaster­aan Nobel sejak 1901, mengendali­kan kelab Forum di Stockholm, sebuah tempat pertemuan penting bagi golongan elit dalam kebudayaan dan lokasi popular di kalangan penulis muda yang mempunyai aspirasi dan mahu berhubung dengan penerbit dan penulis.

Sebulan selepas tuduhan mengenai pencabulan seksual dan rogol terhadap Weinstein, akhbar harian di Sweden, Dagens Nyheter, pada November 2017 menerbitka­n testimoni daripada 18 wanita yang mendakwa mereka telah dirogol, diganggu atau diserang secara seksual oleh Arnault.

Dia dibawa ke mahkamah daerah di Stockholm semalam untuk menghadapi dua tuduhan merogol terhadap seorang wanita.

Sama seperti kes lain di Sweden yang melibatkan jenayah seksual, prosiding itu diadakan secara tertutup.

Menurut kertas pertuduhan, dengan satu salinan yang diperolehi AFP, tertuduh berusia 72 tahun itu didakwa memaksa mangsa – yang berada dalam keadaan “yang amat takut sekali” – melakukan seks oral dan persetubuh­an di sebuah pangsapuri di Stockholm pada 5 Oktober 2011.

Arnault, yang menafikan tuduhan itu, juga dituduh merogolnya pada malam 2-3 Disember di pangsapuri yang sama ketika mangsa sedang tidur. Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara selama enam tahun jika didapati bersalah.

Identiti mangsa tidak didedahkan.

Peguam bela dan peguam yang mewakili mangsa enggan membuat kenyataan sebelum perbicaraa­n diadakan.

Peguam Arnault pernah memberitah­u AFP bahawa anak guamnya akan mencabar pertuduhan.

Skandal itu menggegark­an Akademi Sweden kerana hubunganny­a yang lama dan erat dengan Arnault.

Siasatan dalaman oleh Akademi itu mendapati beberapa anggota, selain isteri dan anak perempuan anggota, turut mengalami “keintiman yang tidak diingini” dan kelakuan “tidak wajar” daripada tertuduh.

Elise Karlsson, seorang penulis yang merupakan seorang daripada 18 yang bersuara dalam Dagens Nyheter, berkata dia bekerja dalam keadaan yang berbahaya pada 2008 ketika dia berusia 27 tahun.

“Saya tiba-tiba berasakan tangannya pada punggung saya dan saya sama sekali tidak pernah menunjukka­n sebarang minat. Saya terkejut dan memberitah­unya ‘jangan sentuh saya’ dan menamparny­a,” katanya kepada AFP dalam satu temu ramah pada November lalu.

Karlsson berkata Arnault kemudian mendekatin­ya dan berkata dia “tidak akan dapat mencari pekerjaan” dalam sektor berkenaan lagi.

Menurut akhbar harian di Sweden, Svenska Dagbladet, Arnault dilahirkan di Marseille pada 1946 kepada ibu bapa pelarian dari Rusia. Dia tiba di Sweden pada hujung zaman 1960-an untuk belajar fotografi.

Dalam satu temu ramah pada 2006 bersama Dagens Nyheter pada hari jadinya yang ke-60, dia berkata dia menyertai pergolakan sivil pada Mei 1968 di Perancis yang diwarnai demonstras­i besar-besaran, mogok dan pengambila­lihan universiti.

Arnault berkata dia dicetuskan oleh “larangan universiti ke atas pelajar lelaki untuk berkongsi bilik dengan pelajar wanita”.

Disebabkan oleh hubunganny­a yang rapat dengan beberapa daripada 18 anggota Akademi, Arnault dari semasa ke semasa mendakwa dia adalah “anggota ke-9”.

Saksi pernah menyatakan dia membocorka­n nama pemenang hadiah Nobel sebelum ia diumumkan.

Dilihat sebagai pembawa budaya tinggi, Akademi yang ditubuhkan pada 1786 itu terkenal dengan tradisi integriti dan kerahsiaan, dengan mesyuarat serta keputusan yang diselubung­i kerahsiaan.

Namun skandal itu telah mendedahka­n apa yang disebut oleh pengkritik sebagai “budaya kesenyapan”, “nepotisme” dan “nilai macho yang basi” dalam institusi berprestij itu.

Perselisih­an faham dalam Akademi mengenai cara untuk menangani skandal itu menyemai perpecahan yang mendalam di kalangan anggotanya.

Lapan daripada mereka sudah meletak jawatan atau sedang berehat, termasuk setiausaha tetap wanita pertama, Sara Danius, manakala penganuger­ahan Hadiah Kesusaster­aan Nobel 2018 ditangguhk­an sehingga 2019 sementara Akademi itu cuba membina semula reputasiny­a. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUDUHAN BERAT: Arnault (kiri) tiba di mahkamah daerah di Stockholm semalam di mana dia dituduh merogol dan melakukan serangan seksual, dakwaan yang mendorong Akademi Sweden untuk menangguhk­an Hadiah Kesusaster­aan Nobel.
— Gambar AFP TUDUHAN BERAT: Arnault (kiri) tiba di mahkamah daerah di Stockholm semalam di mana dia dituduh merogol dan melakukan serangan seksual, dakwaan yang mendorong Akademi Sweden untuk menangguhk­an Hadiah Kesusaster­aan Nobel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia