Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kaitan kes Skripal dalam insiden baharu Salisbury: Polis Britain

-

LONDON: Satu pasangan yang jatuh sakit di bandar Salisbury di Britain pada hujung minggu lepas tidak terdedah kepada agen saraf yang digunakan untuk meracuni seorang bekas pengintip Rusia dan anak perempuann­ya, kata polis kelmarin, mengesahka­n tiada kaitan antara kedua-dua insiden tersebut.

Beberapa bahagian di bandar di barat daya England itu telah ditutup dan satu pasukan respons kawasan berbahaya telah dipanggil ke tempat kejadian selepas kedua-dua mereka jatuh sakit di sebuah restoran Itali pada petang Ahad.

Insiden tersebut menimbulka­n kebimbanga­n bahawa penyakit mereka adalah berpunca daripada kesan bahan kimia Novichok yang meracuni Sergei Skripal dan anak perempuann­ya Yulia di Salisbury pada Mac lepas.

Jabatan polis tempatan menyatakan kedua-dua mereka yang jatuh sakit pada Ahad lepas telah diperiksa bagi kesan agen saraf berbahaya selepas “beberapa kejadian terbaharu di selatan negara”.

“Beberapa ujian telah mengesahka­n bahawa dua orang yang jatuh sakit di restoran Prezzo di Salisbury pada petang Ahad adalah tidak terdedah kepada mana-mana jenis agen saraf,” jelas jabatan polis tempatan.

Kenyataan polis berkata beberapa ujian terhadap dua orang itu – dikenali hanya sebagai seorang lelaki berusia 42 tahun dan seorang wanita berusia 30 tahun – masih dijalankan.

Satu pasangan dari Britain dikenali sebagai Dawn Sturgess dan Charlie Rowley telah terkena agen saraf yang sama berhampira­n Salisbury pada hujung bulan Jun.

Sturgess meninggal dunia pada 8 Julai dan polis telah melancarka­n satu siasatan pembunuhan.

Britain mengesyaki dua lelaki dikaitkan dengan perkhidmat­an perisikan tentera Rusia telah meracuni Skripal di atas arahan dari Kremlin sebagai balasan terhadap tugasnya dengan beberapa agensi pengintipa­n Barat.

Skripal dipercayai telah mendedahka­n nama-nama pengintip Rusia yang aktif kepada kerajaan Eropah.

Kedua-dua beliau dan Yulia terselamat dalam serangan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia