Utusan Borneo (Sarawak)

Hun Sen nafi keputusan itu dibuat kerana tunduk kepada ‘tekanan antarabang­sa’

-

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Sen semalam menangkis spekulasi bahawa beliau telah tunduk kepada tekanan antarabang­sa selepas seorang ketua pembangkan­g dibebaskan dari penjara, mendakwa keputusan itu dibuat untuk kesihatan dan keselamata­n musuhnya yang sedang sakit.

Kem Sokha, pengasas bersama Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), telah ditangkap atas tuduhan pengkhiana­tan pada September, dua bulan sebelum Mahkamah Agung membubarka­n partinya.

Langkah tersebut muncul semasa satu tindakan keras besar diketuai oleh pemimpin berusia 66 tahun itu dan membuka jalan bagi kemenangan mudah dalam pilihan raya pada Julai yang telah dikecam sebagai sesuatu yang memalukan.

Namun selepas pilihan raya itu Hun Sen telah kembali kepada satu corak untuk bersikap tenang terhadap tentangan dan beberapa aktivis dan bekas anggota pembangkan­g dibebaskan.

Kem Sokha merupakan yang paling disegani daripada mereka yang lain dilepaskan dan pembebasan­nya pada 10 September dengan ikat jamin telah mencetuska­n beberapa teori bahawa Hun Sen berasa bimbang industri pakaian yang besar di negara ini akan kehilangan akses bebas cukai ke pasaran Eropah.

Ahli-ahli Parlimen Eropah telah menunjukka­n kebarangka­lian untuk menilai semula skim urus niaga tersebut.

Namun ketua parti pemerintah Parti Rakyat Kemboja (CPP), yang telah memegang kuasa selama lebih 33 tahun, memberitah­u para pekerja industri pakaian dalam satu ucapan bahawa beliau tidak akan tunduk kepada “tekanan antarabang­sa”.

“Ia hanya perubahan bagi lokasi penahanan dalam kes dia masih dipenjarak­an dan menimbulka­n masalah kepada kerajaan,” tegas Hun Sen, tidak menyebut tentang perjanjian bebas cukai.

Beliau menambah bahawa keputusan adalah disebabkan oleh “kebimbanga­n bersifat kemanusiaa­n dan keselamata­n terhadap suspek”.

Sokha, 65, telah meringkuk selama lebih setahun di dalam sebuah penjara terpencil berhampira­n sempadan Vietnam sebelum dibebaskan.

Sepanjang tempoh penahanann­ya dia telah beberapa kali tidak dibenarkan untuk diikat jamin malah ketika peguamnya menyatakan tentang sakit darah tinggi dan diabetes yang dialami oleh Sokha.

Syarat bagi ikat jaminnya adalah teruk. Dia dikehendak­i tinggal di dalam jarak satu blok dari kediamanny­a dan dilarang untuk menemui rakyat asing atau menganjurk­an rali politik.

Peguamnya, Meng Sopheary, berkata ketua pembangkan­g itu telah mengambil ubat- ubatan secara kerap namun masih memerlukan pemeriksaa­n penuh.

“Sokha akan berasa gembira sekiranya dia mendapat kebebasan sepenuhnya,” Sopheary memberitah­u AFP.

Amerika Syarikat telah meneruskan sekatan perjalanan terhadap pegawai kanan Kemboja sebagai respons terhadap pilihan raya namun setakat ini negara tersebut hanya menerima sedikit kesan daripada pilihan raya yang penuh cacat-cela itu.

Parti pemerintah menyatakan ia telah memenangi lebih 80 peratus undian dan semua kerusi dalam parlimen, menjadikan Kemboja sebagai sebuah negara dengan satu parti.

Namun pengkritik mendakwa pilihan raya telah dicemari dengan ketidakhad­iran ramai pesaing yang boleh dipercayai dan ugutan terhadap pengundi ketika peringkat awal pilihan raya.

Sebelum pembubaran­nya, parti Sokha telah memberi ancaman terbesar terhadap Hun Sen baru- baru ini, memenangi lebih 43 peratus undian dalam pilihan raya pada 2013.

Hun Sen masih kekal teguh ketika berdepan dengan kritikan, memberitah­u satu persidanga­n wilayah di Hanoi pada minggu lepas bahawa kerajaan Barat seharusnya menjauhkan diri dari politik Asia Tenggara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUDAH BEBAS: Gambar pada 11 September lepas menunjukka­n Sokha (kiri) duduk bersama ibunya Sao Nget ketika ditahan oleh kerajaan di kediamanny­a di Phnom Penh.
— Gambar AFP SUDAH BEBAS: Gambar pada 11 September lepas menunjukka­n Sokha (kiri) duduk bersama ibunya Sao Nget ketika ditahan oleh kerajaan di kediamanny­a di Phnom Penh.
 ??  ?? ROBICHEAUX RILEY
ROBICHEAUX RILEY
 ??  ?? HUN SEN
HUN SEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia