Utusan Borneo (Sarawak)

Edar dadah: Aktivis Azerbaijan dihukum penjara enam tahun

-

BAKU: Sebuah mahkamah di Azerbaijan kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara selama enam tahun terhadap seorang aktivis pembangkan­g kerana mengedar dadah, dalam satu kes yang menurut partinya adalah bermotifka­n politik.

Orkhan Bakhyshly, 22, telah menafikan tuduhan yang dilakukan terhadapny­a di mahkamah di Baku, bandar utama bekas negara Soviet yang kaya dengan minyak.

“Saya menyertai perjuangan ini untuk kebebasan, namun pendemokra­sian negara kita dan apa sahaja yang berlaku kepada saya, saya tidak menyesal langsung,” katanya sebelum keputusan itu, dalam komen yang dilaporkan oleh parti Barisan Popular Azerbaijan.

Menurut Barisan Popular, Bakhyshly telah ditangkap pada 6 Mei, tiga hari selepas menyambut Hari Kebebasan Media Sedunia dengan melawat kubur seorang wartawan Azerbaijan yang dibunuh pada 2005.

“Kerana sebab inilah dia ditangkap,” kata kumpulan itu.

Elmar Huseynov, yang ditembak dan dibunuh pada 13 tahun lepas, merupakan seorang pengkritik langsung terhadap rejim di negara ini dalam tugasnya sebagai seorang penyunting dan seorang wartawan.

Menurut NGO Pemberita Tanpa Sempadan, yang meletakkan Azerbaijan pada tangga ke-163 daripada 180 negara bagi kebebasan media, siasatan mengenai kematianny­a tidak pernah menghasilk­an keputusan yang dapat dipercayai.

Kumpulan hak asasi berkata kerajaan negara Caspian itu telah mengetatka­n kawalan terhadap penentang sejak beberapa tahun ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia