Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh banduan maut selepas rusuhan di penjara utara Brazil

-

RIO DE JANEIRO: Tujuh banduan terbunuh kelmarin selepas rusuhan di sebuah penjara yang terlalu penuh di wilayah Para di utara Brazil selepas satu cubaan meloloskan diri yang gagal, kata pihak berkuasa.

Selepas 16 banduan mencuba namun gagal untuk meloloskan diri melalui satu saluran udara semasa awal pagi, selepas mereka dikesan oleh kamera keselamata­n, satu rusuhan telah meletus.

Kira-kira 120 banduan turut serta dalam keganasan, membakar sebuah bilik yang menempatka­n beberapa generator, menyebabka­n “satu bahagian di dalam sel, rumah sakit dan sekretaria­t penjara musnah,” menurut sumber penjara.

Enam banduan itu dibunuh oleh beberapa banduan lain sementara banduan ketujuh meninggal dunia akibat melecur.

Banduan yang merusuh telah menuntut penghakima­n lebih cepat, keadaan yang lebih baik dan penggantia­n pengarah penjara.

Penjara tersebut mempunyai kapasiti bagi 208 banduan namun menempatka­n 374 orang.

Rusuhan muncul seminggu selepas beberapa lelaki bersenjata meletupkan pagar depan sebuah penjara maksimum ke- selamatan di timur laut, membolehka­n 92 banduan melarikan diri di samping membunuh seorang anggota polis.

Brazil mempunyai populasi penjara ketiga terbesar, dengan 726,712 banduan sehingga Jun 2016, menurut statistik rasmi.

Populasi adalah dua kali ganda daripada kapasiti di penjara negara, yang pada 2016 dianggarka­n menahan 368,049 banduan.

Di samping keadaan yang terlalu penuh, penjara-penjara di Brazil telah dibelenggu keganasan kumpulan samseng, sementara rusuhan dan cubaan untuk memboloska­n diri bukan perkara luar biasa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia