Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang penduduk awam Palestin ditembak mati di Baitulmuqa­ddis

-

BAITULMUQA­DDIS: Seorang rakyat Palestin ditembak mati oleh anggota polis di luar Kota Lama di Baitulmuqa­ddis kelmarin selepas satu cubaan serangan menikam dilakukan, kata pegawai dari Israel dan Palestin.

Polis Israel melaporkan “satu cubaan serangan menikam” berhampira­n Pagar Damsyik dan “satu unit polis di tempat kejadian berjaya meneutralk­an suspek”.

Pihak kementeria­n kesihatan Palestin menyatakan ia telah dimaklumka­n mengenai kematian seorang penduduk awam akibat tembakan.

Cubaan serangan dilakukan ketika hari cuti puasa Yom Kippur, hari paling takzim dalam kalendar Yahudi, telah bermula, dengan ribuan penduduk Yahudi menghadiri upacara sembahyang di Kota Lama.

Beberapa wartawan AFP di tempat kejadian melihat satu mayat yang ditutupi dengan sehelai kain, dengan akses dari Pagar Damsyik ditutup dan rakyat Palestin melihat dari beberapa kedai berhampira­n.

Terdapat kehadiran ramai anggota polis.

Beberapa saksi Palestin memberitah­u AFP bahawa penyerang itu tidak cuba untuk menikam sesiapa, sebaliknya “mempertaha­nkan dirinya sendiri” daripada seorang penduduk awam Yahudi.

Satu gelombang serangan pisau Palestin terhadap pihak Israel telah meletus pada 2015, namun kemudian hanya berlaku sekaliseka­la.

Pada Ahad lepas, seorang belia Palestin telah menikam hingga mati seorang lelaki Israel- Amerika berhampira­n pintu masuk ke sebuah pusat beli-belah di Tebing Barat yang ditakluki sebelum dia ditembak dan tercedera. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SIASAT: Polis Israel memeriksa lokasi satu serangan tikaman di luar Pagar Damsyik di Baitulmuqa­ddis kelmarin selepas seorang Palestin ditembak mati.
— Gambar Reuters SIASAT: Polis Israel memeriksa lokasi satu serangan tikaman di luar Pagar Damsyik di Baitulmuqa­ddis kelmarin selepas seorang Palestin ditembak mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia