Utusan Borneo (Sarawak)

OK Group lancar minuman tenaga baharu

-

JASIN: Syarikat pengeluar minuman herba tempatan, Orang Kampung Holdings (M) Sdn Bhd (OK Group) kelmarin melancarka­n dua minuman tenaga baharu iaitu Longjack X dan KF (Kacip Fatimah) Kolagen untuk golongan muda dan aktif bersukan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Habibul ‘Ajmi Manggar berkata produk minuman tin berkenaan telah berada di pasaran tempatan sejak tiga bulan lepas sebelum memasuki pasaran antarabang­sa seperti China, Indonesia dan negara Timur Tengah termasuk Dubai selewat-lewatnya akhir tahun ini.

“Produk ini telah berada di pelbagai rangkaian pasar raya, kedai runcit serta stesen minyak dan sambutan amat menggalakk­an.

“Bagi pasaran antarabang­sa pula, kita sedang dalam perbincang­an akhir dengan pengedar sedia ada dan dalam proses pendaftara­n produk,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Teh bersama Yang Dipertua Negeri Melaka sempena meraikan penerimaan pengiktira­fan Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia Brandlaure­ate 2018 di Wisma OK Group kelmarin.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob serta Exco Pertanian, Pembanguna­n Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Mengulas lanjut, Habibul ‘Ajmi berkata Longjack X yang dirumus daripada halban, madu, tongkat ali, habbatussa­uda, vitamin dan kurma sesuai untuk golongan bersukan manakala KF Kolagen baik untuk lelaki dan wanita muda.

Sementara itu, beliau berkata ‘Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia Brandlaure­ate 2018 yang diterima bagi kategori kasihatan herba merupakan satu pengiktira­fan berprestij kepada OK Group sebagai peneraju utama in- dustri kesihatan herba tempatan.

“Anugerah daripada Asia Pacific Brands Foundation ini merupakan platform yang membolehka­n OK Group terus memasarkan produk ke pasaran antarabang­sa dan tempatan secara lebih meluas selain menjadi nilai tambah bagi kita,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, OK Group telah menghasilk­an kira-kira 80 produk pelbagai kategori termasuk makanan, minuman, makanan tambahan dan farmaseuti­kal untuk pasaran tempatan dan antarabang­sa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Mohd Khalil (dua kanan) melihat sijil ‘The BrandLaure­ate World Halal Bestbrands Awards 2018’ yang diterima Orang Kampung Holdings (M) Sdn Bhd (OK Group) pada majlis meraikan penganuger­ahan tersebut di Wisma di Wisma OK Group di Jasin, kelmarin.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Mohd Khalil (dua kanan) melihat sijil ‘The BrandLaure­ate World Halal Bestbrands Awards 2018’ yang diterima Orang Kampung Holdings (M) Sdn Bhd (OK Group) pada majlis meraikan penganuger­ahan tersebut di Wisma di Wisma OK Group di Jasin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia