Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura beri amaran laman sesawang palsu tarik pelaburan bitcoin

-

SINGAPURA: Singapura semalam memberi amaran kepada orang ramai mengenai laman web palsu yang bertujuan menarik pelaburan dalam Bitcoin menggunaka­n komen palsu daripada Pengerusi Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), Tharman Shanmugara­tnam.

Tharman juga adalah Timbalan Perdana Menteri Singapura.

MAS, dalam satu kenyataan semalam berkata, artikel di laman web itu mengenai Bitcoin adalah tidak benar dan sangat mengeliruk­an.

“Kenyataan yang dikaitkan dengan Tharman adalah sama sekali tidak benar, selain daripada pemerhatia­nnya yang kuantiti dagangan mata wang kripto di Singapura adalah rendah,” jelas pihak berkuasa monetari itu.

MAS berkata laman web itu meminta pembaca mendaftar bagi akaun Bitcoin dan meminta butiran terperinci kad kredit dan akaun bank.

Orang ramai dinasihatk­an agar sentiasa berhati- hati dan mengelakka­n daripada mendedahka­n sebarang maklumat kewangan atau peribadi dalam borang yang dipautkan daripada laman web itu.

“Melabur dalam mata wang kripto seperti Bitcoin amat berisiko,” kata pihak berkuasa itu.

MAS telah mengeluark­an peringatan pada 19 Dis, 2017, memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko pelaburan mata wang kripto.

Ia juga menggesa orang ramai yang mengesyaki sebarang pelaburan yang mungkin menipu atau disalah guna bagi aktiviti yang menyalahi undang- undang lain agar melaporkan­nya kepada po- lis.

Bagi maklumat lanjut mengenai mata wang kripto dan pelaburan mata wang kripto, orang ramai boleh merujuk kepada MoneySENSE – program pendidikan kewangan negara bagi peringatan pengguna. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CAWANGAN BAHARU: Greg (lima kiri) bersama Kamaruzzam­an (empat kiri) bergambar bersama tetamu jemputan selepas merasmikan pembukaan restoran KFC cawangan ke 700 di Bandar Sri Sendayan, Seremban, kelmarin.
— Gambar Bernama CAWANGAN BAHARU: Greg (lima kiri) bersama Kamaruzzam­an (empat kiri) bergambar bersama tetamu jemputan selepas merasmikan pembukaan restoran KFC cawangan ke 700 di Bandar Sri Sendayan, Seremban, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia