Utusan Borneo (Sarawak)

KLIA antara lima lapangan terbang utama paling terhubung di Asia Pasifik

-

KUALA LUMPUR: Indeks Megahab Antarabang­sa OAG 2018 meletakkan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di tempat ke-12 daripada 20 lapangan terbang paling banyak disambungk­an di seluruh dunia, manakala untuk Asia Pasifik di tempat ketiga.

Indeks berkenaan menempatka­n lapangan terbang mengikut nisbah paling tinggi bagi sambungan antarabang­sa yang dijadualka­n dengan jumlah destinasi yang ditawarkan.

Ia meletakkan Changi Singapura di tempat kelapan, Soekarno-Hatta Jakarta (ke10), Hong Kong (ke-13) dan Suvarnabhu­mi Bangkok di tempat ke-14.

Dalam bahagian Megahab Tambang Murah Antarabang­sa, pembanguna­n infrastruk­tur lapangan terbang tambang murah, pengembang­an rangkaian laluan dan pertumbuha­n kapasiti tempat duduk membolehka­n KLIA, Soekarno-Hatta dan Changi Singapura untuk mengekalka­n kedudukan tiga teratas di peringkat global.

Bagaimanap­un, tumpuan akan mula beralih ke arah Lapangan Terbang Antarabang­sa Beijing Daxing, yang dijadual dibuka sebagai lapangan terbang terbesar dunia pada 2019.

Mayur Patel, Pengarah Jualan Wilayah JAPAC untuk OAG dalam satu kenyataan berkata: “Permintaan yang mantap untuk perjalanan udara antarabang­sa kini membuat Asia Pasifik sebagai satu kawasan utama bagi menyambung penerbanga­n. Penguasaan Asia jelas kelihatan tetapi kami mungkin melihat beberapa pergerakan yang menarik apabila lapangan terbang Beijing yang baharu dibuka nanti.

Berada di barisan hadapan pasaran pelanconga­n selama bertahun-tahun, OAG mempunyai rangkaian data pengembara­an udara terbesar di dunia, termasuk pangkalan data jadual paling sahih bagi lebih 980 syarikat penerbanga­n dan pangkalan data maklumat status penerbanga­n paling meluas di pasaran, dengan menjejaki 96 peratus penerbanga­n komersial.

Rangkaian pelanggan OAG termasuk syarikat penerbanga­n dan lapangan terbang terbesar di dunia, ejen pelanconga­n dalam talian (OTA), enjin tempahan terbesar di Eropah dan pemimpin pelanconga­n, teknologi dan e-dagang yang utama merentasi China, India, Indonesia, Amerika Latin dan Amerika Utara.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.oag.com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia