Utusan Borneo (Sarawak)

Cawangan KFC ke-700 di bandar Sri Sendayan

-

SEREMBAN: QSR Brands ( M) Holdings Bhd ( QSR Brands), pengendali tunggal kepada lebih 1,080 restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia kelmarin melancarka­n cawangan restoran KFC yang ke-700 di Bandar Sri Sendayan di sini, sebagai meneruskan strategi perluasann­ya ke seluruh negara.

Pembukaan KFC Bandar Sri Sendayan telah disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yum! Brands Inc., Greg Creed.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporatio­n yang juga Pengerusi QSR Brands Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim, Pengarah Urusan QSR Brands Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Matrix Concepts Holdings Bhd (MCHB) Datuk Lee Tian Hock.

Mohamed Azahari berkata restoran KFC ke-700 ini merupakan sebuah peristiwa penting kepada Kumpulan QSR Brands.

“Pembukaan restoran KFC di Bandar Sri Sendayan dengan kerjasama MCHB, pemaju Bandar Sri Sendayan melambangk­an pertumbuha­n yang positif serta optimis bagi QSR Brands melakar kejayaan seterusnya pada masa hadapan. Pencapaian seperti ini menjadi tonggak kepada kami untuk terus mengorak penguasaan di dalam industri perkhidmat­an restoran segera yang serba kompetitif ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya restoran KFC 24 jam yang baharu di Bandar Sri Sendayan mampu menampung sejumlah 170 pelanggan pada satu masa serta dilengkapi dengan kemudahan pandu lalu.

Di samping itu, katanya KFC Bandar Sri Sendayan dibina dengan teknologi penjimatan tenaga dan ciri-ciri mesra alam dengan sistem pengumpula­n air hujan, pencahayaa­n LED, tiub lampu solar, lampu sensor gerakan dan kaca beremisi rendah sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab syarikat terhadap kelestaria­n alam sekitar.

“QSR Brands telah menjadi peneraju di dalam memenuhi permintaan komersil di Bandar Sri Sendayan apabila menandatan­gani kerjasama strategik bersama pemaju bandar berkenaan, MCHB pada November tahun lepas yang menghasilk­an restoran KFC pertama di bandar ini,” katanya.

Mohamed Azahari berkata QSR Brands mensasarka­n untuk membuka 23 restoran KFC pada tahun ini dan restoran KFC Bandar Sri Sendayan merupakan restoran KFC ke-21.

Katanya, dua lagi restoran KFC yang akan dibuka termasuk di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 20 September ini.

Sementara itu, Lee Tian Hock berkata MCHB berbesar hati dapat menjalinka­n kerjasama dengan QSR Brands untuk pembukaan restoran KFC di Bandar Sri Sendayan.

Katanya jumlah kos pembinaan restoran KFC Bandar Sri Sendayan termasuk harga tanah ialah dianggarka­n RM3.5 juta.

“Perniagaan restoran KFC di sini sangat menggalakk­an dan kami merancang untuk membuka dua lagi restoran KFC di sini pada masa depan. Bandar Sri Sendayan mempunyai keluasan 2,025 hektar dijangka akan mempunyai penduduk seramai 120,000 penduduk dalam tempoh beberapa tahun lagi apabila bandar ini berkembang pesat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia