Utusan Borneo (Sarawak)

Penguranga­n besar dalam Bajet 2019

Antara bidang dijangka penguranga­n ialah bekalan dan perkhidmat­an

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Sdn Bhd menjangka perubahan yang besar bagi Bajet 2019, dengan penguranga­n yang ketara dalam bidang tertentu susulan kerajaan menyelaras­kan proses perolehann­ya dan memperkena­lkan tender terbuka untuk semua perolehan awam.

Dalam nota semalam, Ahli Ekonomi Vincent Loo Yeong Hong berkata, bidang yang dijangka menyaksika­n penguranga­n yang ketara sehingga 10 peratus termasukla­h bekalan dan perkhidmat­an, yang diperuntuk­kan RM33.6 bilion atau 12 peratus dari- pada jumlah Bajet 2018, selain geran dan pindahan, yang menerima RM38 bilion atau 13.6 peratus sebelum ini.

Beliau berkata, bidang lain yang mungkin terlibat termasukla­h perbelanja­an pembanguna­n seperti yang dapat dilihat melalui langkah kerajaan baru-baru ini dengan membatalka­n atau menangguhk­an projek-projek infrastruk­tur, selain emolumen penjawat awam selepas penamatan 17,000 lantikan politik.

“Subsidi (RM26.5 bilion atau 9.5 peratus daripada perbelanja­an) dijangka menyaksika­n penurunan yang seder- hana sebanyak tiga hingga lima peratus berikutan kerajaan menyatakan subsidi minyak akan disasarkan untuk kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1,300cc dan motosikal di bawah 125cc,” kata Loo.

Ahli Ekonomi itu juga berkata kerajaan perlu mengetatka­n perbelanja­annya berikutan ia menghadapi penguranga­n dari segi perolehan susulan penggantia­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST), selain membenarka­n syarikat untuk tolak selesai ke atas pulangan cukai pendapatan yang terhutang pada tahun-tahun sebelumnya bagi cukai yang perlu dibayar pada tahuntahun akan datang.

“Ini membawa kepada kutipan cukai yang lebih rendah pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Loo berkata, kerajaan telah menyatakan sebanyak RM19.2 bilion bayaran balik GST telah tertangguh dan RM16 bilion lagi bayaran balik cukai individu dan syarikat belum dikembalik­an, melibatkan tempoh selama enam tahun serta 1.65 juta individu dan syarikat.

“Kerajaan telah membenarka­n pembayar cukai yang belum menerima bayaran balik cukai membuat permohonan tolak selesai ke atas cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk tahun semasa. Mengenai bayaran balik GST, ia memberi jaminan kepada syarikat bahawa mereka akan menerima bayaran balik GST mereka mulai tahun depan.

“Walaupun tempoh bayaran balik itu dalam tempoh tiga hingga lima tahun, bayaran tahunan GST dan bayaran balik cukai pendapatan masih besar antara RM7.1 bilion dan RM11.8 bilion,” kata Loo, sambil menambah defisit Bajet 2019 dijangka dikekalkan pada 2.8 peratus. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia